ASSALAMUALAIKUM...
FAMILYDAY KERABAT HASSIM @HASHIM 2019 PART 1 | Allahuakbar lamanya terperap entri ni...bila check satu-satu terpandanglah entri family day mama untuk tahun lepas,rasanya boleh tak post juga...hahaha nasib la yer kalau sudi bolehlah datang menyinggah dan baca ceritanya...kita post part by part yer...

Alhamdullilah berjaya juga planning nak buat familyday 2019 untuk family sebelah hubby..dah 2tahun kami tak adakan familyday untyk sebelah hubby mama ni,jadi untuk tahun 2019 cuba juga try plankan akhirnya menjadi juga..beberapa bulan jer kami planning nak buat familyday ni...semuanya diluar jangkaan tapi tetap bersyukur sebab adik-beradik semua dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kami sekeluarga untuk menjayakan familyday kali ini...
 Kami sekeluarga bergerak seawal pagi ketempat yang telah kami booking untuk familyday kali ini...memang seronok bila sampaike sini...tempat penginapan ini kami sewa selama 3hari 2malam dengan harga yang berpatutan sekali...pada kawan-kawan yang ingin membuat familyday di sini bolehlah ke FB Desastay D'Sawah yang terletak di Parit Sarang Buaya Batu Pahat.
 Banyak kemudahan yang disediakan di sini antaranya Dewan untuk penyampaian hadiah, sebarang aktiviti kuliah atau mesyuarat...terdapat 6bilik yang disediakan di sini, tempat makan,satu dorm yang boleh memuatkan seramai 100 orang..
Semua peralatan untuk memasak semuanya ada disediakan di sini kita hanya menyediakan barangan basah untuk memasak juga bahan masakan..
 Di dewan ini kami siapkan hadiah-hadiah untuk games dan juga hadiah cabutan bertuah...
Walaupun familyday ini kami plankan hanya beberapa bulan saja tapi kami dapat juga menyediakan barang keperluan yang diperlukan serba sedikit...menu masakan semasa berada di sana,mama dan hubby dah bincangkan awal-awal..elok kami susunkan menunya awal jadi bila nak masak dah tahu menu apa yang perlu disediakan..lebih mudah sediakan awal barangan untuk masakan...

p/s pasni kita cite part games yang telah kami sediakan untuk semua yer...