SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG KE 33 TAHUN SAYANGKU | Alhamdullilah ! Rasa macam baru kawin la pulak...hahhaa nak rasa jadi pengantin baru semula ni...walaupun dah 33tahun lamanya usia kami bersama tapi masih terasa baru lagi,masih terbayang-bayang ketika hubby berjabat tangan dengan tok kadi...terima kasih Allah kerana meminjamkan teman hidup yang setia di sisi...moga jodoh kami akan kekal hingga hujung nyawa kami berdua..aamiin...
Ya Allah !
Aku bersyukur kepada Mu kerana telah meminjamkan lelaki ni sebagai imamku,temanku kekasihku di dunia ini..
Aku bersyukur kepada Mu yang telah memanjangkan usia jodohku bersama suamiku hingga ke saat ini..
Kekalkanlah nikmat Mu ini ke atas kami
Jadikanlah kami berdua suami isteri di dunia dan akhirat Mu...
Jadikanlah kami pasangan yang mencintai di kala dekat
Saling menjaga kehormatan di kala jauh,
Saling menghibur di kala duka
Saling mengingati di kala bahagia
Saling mendoakan dalam kebaikkan dan ketaqwaan
serta saling menyempurnakan dalam ikatan ini..
Izinkanlah kami bahagia hingga ajal yang akan memisahkan atas izin Mu...
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 33 Tahun sayangku !!
Mr Dzolkarnine Bin Hassim
Sayang Abang Hingga Hujung Nyawa...
p/s pakai inai la malam tadi...ciacia teringat memori masa nak kawin dulu...
7 Comments
selamat ulangtahun kak
ReplyDeletemekacih nurul...
DeleteAaammiinn..
ReplyDeleteSelamat hari ulang tahun buat Mama dan Suami..Moga bahagia hingga ke Jannah melayari bahtera rumahtangga ya Maa..sweet sangat tau!
aamiin mekacih lin atas doanya...mekacih2 yer..
Deleteselamat ulang tahun mama maszull :D
ReplyDeleteTahniah
ReplyDeleteSemoga kekal bahagia selamanya
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 33 Tahun buat mamam dan suami
ReplyDeletePost a Comment