ASSALAMUALAIKUM...
TAKZIAH BUAT KELUARGA JIRAN MAMA | Terkejut dapat berita dari jiran tetangga mama ni...dah lama sebenarnya,tak nampak kelibat jiran mama ni..bila tanya isterinya jawapan yang diperolehi adalah suaminya tak berapa sihat...selalunya kami akan nampak beliau keluar di waktu pagi untuk pergi bekerja tapi sekarang memang jarang kelihatan...sebenarnya Ah Ming ni memang peramah dan tidak sombong orangnya,kalau nampak mama dan hubby pasti dia akan mengangkatkan tangan kepada kami..seminggu lepas kami diberitahu akan kematian mak beliau,tup-tup pada hari Selasa anaknya pula menyusul...kematian yang tak disangka-sangkakan...akhirnya hilanglah seorang jiran berbangsa cina yang baik di kejiranan mama ni...
Yer la,semuanya sudah ditentukan Allah ajal,maut jodoh,pertemuan semuanya di tangan Allah..kita sebagai umatnya hanya boleh merancangkan dan segala-galanya ditentukan olehNYA...
Hari ini sudah masuk hari yang ke3 kematian mendiang Ah Ming dan hari ini jugalah majlis pengebumian beliau...ramai sanak saudara,kawan-kawan datang menziarahi sejak dari semalam lagi.. 

Menurut isteri mendiang Ah Ming ini,beliau menghidapi sakit kanser usus tahap 4..memang terkejut la kami,kerana biasanya bila ternampak beliau, keadaannya nampak macam seperti biasa saja...sakit yang tak dijangkakan dan sudah terlambat bila ianya dapat dikesan kata isterinya...takziah dari mama sekeluarga buat keluarga mendiang Ah Ming...
Siap lagi kereta mama dapat ikatan reben merah tadi..penanda untuk konvoi ke majlis pengebumian mendiang Ah Ming...mungkin ada yang menyangka kereta mama ni kereta orang-orang yang datang menziarahi mendiang Ah Ming agaknya...hahaha wat lawak jer kan...last-last bila tengok semula memang dah dicabut pun reben merah tu tadi...


p/s seronokkan kalau dapat jiran tetangga yang baik dan peramah...