ASSALAMUALAIKUM...
MENANTU REPAIRKAN LAPTOP MAMA YANG ROSAK | Bila laptop rosak mulalah terasa macam tak lengkap jer hidup ini...wah !! macam teruk no kalau tak ada laptop kat rumah..bukan apa kalau guna laptop senang sikit nak update blog sebab skrin dia besar berbanding kalau guna handphone..komputer ada juga kat atas tapi memandangkan malas nak turun naik tangga,jadi mama hanya gunakan handphone buat masa tertentu jer...update blog mana yang perlu saja sebab susah sikit nak menaip kalau guna handphone ni..
Alhamdullilah ! nasib baik menantu mama yang kedua ni pandai bab-bab komputer ni juga,jadi bila ada masa dapatlah dia menolong membantu membaiki laptop mama yang rosak ni..anak dan menantu mama ni,kedua-duanya memang pandai handle bila bab-bab komputer atau laptop ni..dah memang bidang kerja dia orang,kerja pun dibahagian IT jadi bila ada kes macam ni memang bagi jer la kat mereka...
Akhirnya bila menantu mama dah siap servis dan buat sesuatu maka siaplah laptop mama dibaiki...entah apa yang rosak mama pun tak tahu,janji elok sudah...nasib baik masih boleh dibaiki dan digunakan lagi..senang hati bila tengok laptop mama ni masih boleh berfungsi semula..kalau dihantar ke kedai sudah semestinya kena cas mahal agaknya..sekarang ni dah lebih senanglah sebab dah ada anak dan menantu yang boleh tolong repairkan jika berlaku kerosakan lagi... 

p/s senang sikit bila nak update blog sebab laptop dah dibaiki...mekacih buat menantu mama ni...