ASSALAMUALAIKUM...
Makanan Super Sangat Mampu Milik yang Ada di Dapur Anda
Kacang Panggang Ayam Brand™ Menjadikan Makanan Super Sangat Berkhasiat

Makanan super ialah makanan yang kaya dengan nutrien dan memberi manfaat dan kesejahteraan kepada tubuh badan manusia. Biarpun begitu, makanan super ini biasanya mengikut trend. Masih ingat ketika kale menjadi begitu popular, kemudian avocado, kini benih chia dan benih flax pula ada di mana-mana sahaja. Satu persamaan ketara makanan super ini ialah ia merupakan makanan eksotik dan biasanya mahal.

Adakah anda sedar bahawa terdapat makanan yang sangat mampu milik, mudah diperolehi dan super klasik di dapur anda? 

Sebagai contoh, ikan tuna, telur, mil oat, bayam, sardin, yogurt dan makanan kegemaran ramai, kacang panggang.



Kacang panggang didatangkan dalam sos tomato enak di dalam tin, satu kombinasi yang padat dengan nutrisi. Ayam Brand™ menghasilkan antara kacang panggang kegemaran rakyat Malaysia yang menggunakan kacang haricot utara terbaik yang diimport dari Amerika Syarikat.

Ini senarai ringkas tentang kenapa Ayam Brand™ Baked Beans di dalam sos tomato patut menjadi pilihan makanan super anda yang sangat mampu milik.

Kacang panggang padat dengan serat, protein, besi, likopena dan folat[1]. Kandungan serat yang tinggi di dalam kacang panggang membantu memperlahankan penyerapan gula dalam darah, memberikan rasa kenyang dan tenaga sepanjang hari[2]. Satu tin kacang panggang boleh memberi tenaga sepanjang hari!  

Berikut ialah perbandingan pantas mengenai jumlah serat di dalam 100gram quinoa[3] vs 100gram kale[4] vs 100gram kacang panggang dan harganya.

Kandungan protein di dalam kacang panggang membantu pertumbuhan, meningkatkan kekuatan, pemulihan dan membaiki otot selepas bersenam. Ia boleh menjadi snek yang ideal untuk kanak-kanak yang sedang membesar, wanita mengandung atau mereka yang fokus kepada kesihatan, terutama selepas bersenam.

Kacang panggang sebenarnya bebas daripada lemak tepu – satu cara yang enak untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
Memandangkan ia mempunyai kandungan protein yang tinggi, kacang panggang boleh menjadi alternatif terbaik kepada daging buat golongan vegetarian. Secawan kacang panggang (240grams) mengandungi 10 gram protein yang sama dengan protein di dalam 50 gram daging stik.

Kacang panggang di dalam sos tomato merupakan sumber yang kaya dengan zat besi. Ideal untuk golongan vegetarian, vegan dan wanita yang mempunyai tahap zat besi rendah.

Zat besi membantu tubuh kita untuk menghasilkan darah yang lebih sihat. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan rasa penat, kurang fokus dan tahap tenaga yang rendah, dalam kes yang serius pula boleh menyebabkan masalah anemia. Siapa sangka dengan menambah kacang panggang ke dalam diet anda boleh memberi begitu banyak kebaikan?

Ia kaya dengan likopena – sejenis anti oksidan yang diekstrak daripada tomato. Likopena boleh mengurangkan sel rosak melalui manfaat anti oksidannya. Bagi wanita yang merancang kehamilan, menambah kacang panggang ke dalam diet mereka tiga bulan sebelum hamil boleh membantu menambah folat yang dapat meningkatkan tahap vitamin B secara semula jadi.  Folat terbukti dalam mengurangkan kemungkinan kerosakan tiub neural pada bayi.

Anda boleh mendapatkan makanan super daripada kedai runcit berhampiran kerana Ayam Brand™ Baked Beans ditawarkan pada harga sangat mampu milik iaitu RM2.20 setin. 

Cadangan hidangan
Ayam Brand Baked Beans ialah snek yang mudah dan boleh dimakan terus daripada tin.

Untuk makanan super yang sangat murah dan mudah dimasak, tiada apa yang dapat menandingi gabungan kacang panggang dengan telur. Di sini adalah beberapa cadangan hidangan: 

Untuk sarapan hujung minggu yang menyeronokkan, apa kata sediakan hidangan berprotein tinggi, kaya serat dan rendah karbohidrat iaitu Kacang Panggang di dalam kuali dengan Telur – yang dimakan terus daripada kuali kecil, pada hari Ahad untuk mode sarapan di atas katil.

Kacang panggang dengan telur di atas roti bakar ialah hidangan yang boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Ayam Brand™ Baked Beans didatangkan dalam dua saiz – saiz keluarga 425g dan 230g. Pilih daripada kacang panggang di dalam sos tomato, atau sos tomato dengan keju parmesan sebenar untuk rasa lebih berkrim atau Ayam Brand™ Baked Beans in Light Tomato Sauce yang menawarkan rasa hebat, tetapi diformulasi dengan 54% kurang gula dan 28% rendah garam.


Ayam Brand™ Baked Beans boleh didapati di seluruh negara dan ditawarkan pada harga RM2.20 untuk satu tin 230g dan RM3.30 bagi tin 425g.

Untuk lebih banyak resepi, sila layari laman webhttp://www.ayambrand.com.my/recipe  atau kunjungi laman Facebook kami dihttps://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes bagi mengetahui lebih banyak cara menikmati kacang panggang!

-Ends-

Mengenai Ayam Brand
Ayam Brand, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 125 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study. 

Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand, sila layari laman web www.ayambrand.com.my atau ikuti Facebook :Ayam Brand-World of Recipes