Friday, July 19, 2019

DEKO CANTIK DAN MENARIK UNTUK BILIK ANAK PEREMPUAN

ASSALAMUALAIKUM...
DEKO CANTIK DAN MENARIK UNTUK BILIK ANAK PEREMPUAN | Bila bab dekorasi bilik ni memang akan terbayang di kepala kita akan deko yang cantik dan menarik semuanya..lebih-lebih lagi kalau pandai mengayakan deko yang dibuat itu, pasti ianya akan jadi cantik dan menarik sekali.Kalau deko bilik untuk anak perempuan,pasti lagi cantik dan meriah la hiasannya..pada korang yang masih tercari-cari dekorasi bilik untuk anak perempuan di bawah ini mama ada sediakan gambar deko cantik dan menarik untuk bilik anak perempuan..mana tahu salah satu deko di bawah akan jadi deko pilihan untuk bilik anak-anak perempuan korang pulak...

 Macam-macam deko untuk bilik anak-anak sekarang ni kan? Untuk deko bilik anak-anak korang,adakah korang yang lakukan sendiri atau korang serahkan pilihan itu pada anak-anak?Sebenarnya pilihan dan pandangan anak-anak untuk deko bilik tidur mereka ni,biarlah mereka sendiri yang memilihnya..Kita sebagai ibubapa ni,hanya boleh jadi penyokong dan penyumbang terbesar untuk deko bilik anak-anak kita..Pilihan deko bilik perlu sesuai dan disukai oleh anak-anak jadi memang sepatutnya la kita biarkan mereka sendiri yang memilih warna atau apa yang perlu ada di dalam bilik mereka..mana yang dirasakan ada kekurangan tu bolehlah kita berbincang semula dengan anak-anak mana deko yang baik untuk mereka..Pilihan deko yang tepat memang sesuai untuk pembesaran naluri anak-anak mengikut cita rasa mereka sendiri...

Macam mana korang dah tengok semua deko-deko bilik untuk anak perempuan kat atas ni? cantik dan menarik sekalikan dekonya ! cucunda perempuan mama pun suka sangat bila tengok gambar-gambar yang ada disini, siap pesan suruh mama bagitahu mama Damia yang Damia nak bilik yang macam ni,rasa selesa sangat katanya...alaala budak ni pandai sangat dah sekarang ni...begitulah kalau dah ada anak perempuan memang cukup memilih dan suka sangat bila lihat sesuatu yang cantik atau menarik hati...


p/s kalau anak lelaki bilik simple pun dah cukup lawa la agaknyakan...tak tahu macam mana citarasa anak lelaki sebab mama x ada anak lelaki la katakan...



7 comments:

  1. Tetap yang purple juga menjadi pujaan hati Lin hehehehehe

    ReplyDelete
  2. teringin nak deco macam ni kat dak sorang tu ma, tapi tulah...dok menempel kat umi dia jugak.Tunggu dia besar sikit la baru nak deco cantik bilik dia tu..Sekarang penuh mainan dengan baju je...hehehe

    ReplyDelete
  3. Cantiknya...boleh la ambil ilham buat bilik anak dara saya nnt

    ReplyDelete