ASSALAMUALAIKUM...
HAPPY BORNDAY TO MAMA | Tahun ni hari lahir mama jatuh pada hari raya lagi iaitu hari raya yang ke 18..kebetulan hari lahir tahun ni pun pada hari Sabtu jadi anak-anak,menantu dan cucu semuanya ada...seronok dan gembiranya mama kerana dapat menyambut ulang tahun kelahiran pada tahun ini bersama-sama orang-orang yang tersayang...usia dah semakin meningkat tapi jiwa tetap rasa macam orang muda jer ni...hai mama!! hati tetap nak maintain muda ke ? hahahha wat lawak jer mama ni kan...umur dah separuh abab pun masih nak bergurau,bukan apa bersyukur sangat sebab dapat jalani kehidupan ini dengan hati yang ceria dan gembira selalu bersama-sama insan yang menyayangi kita...semoga mama akan dapat melalui sisa-sisa kehidupan di dunia ini dengan hati yang tenang bersama keluarga...taklah rasa terkilan jika ditika ini Allah tarik balik segala nikmat yang diberikan ini...semoga Allah memberikan kesihatan tubuh badan yang sihat supaya mama dapat melipat gandakan ibadah  yang lebih lagi kepadaNYA dengan tenang dan aman...
Kali ni besday cake ni cucunda mama Darwisy yang pilihkan...bukan main coloring lagi kek besday kali ni...macam faham jer Darwisy gerak hati grandma dia ni...52 tahun jalani kehidupan yang penuh warna warni dan penuh dengan pancarobanya...
Menu kali ni tiada yang special pun yang dapat mama sediakan tapi masih sempat menyediakan juadah nasi briyani dari air tangan sendiri untuk insan tersayang semua....
Lauk daging briyani,ayam masak merah dan paceri nenas yang dapat dihidangkan kali ini...
Kakak dan familynya kebetulan datang beraya ke rumah mama jadi dapatlah kongsi kegembiraan bersama..dapat jugalah menjamu mereka dengan menu dari air tangan besday girl ni..menu simple buat mereka semua...penat sedikit tapi puas hati dapat menyediakan juadah untuk mereka dari air tangan sendiri...
Hari lahir mama tahun lepas pun kakak yang sama juga yang datang beraya ketika itu...tinggal pun dah berdekatan cuma seberang taman sebelah jer... 
Sempat abadikan gambar kenangan ketika bersama di hari lahir mama ini.
In sha Allah jika panjang umur dapatlah kita semua berjumpa lagi di tahun hadapan..tiada apa yang lebih berharga jika kita dapat berkongsi kegembiraan ini bersama-sama insan tersayang...

Entri berkaitan :