Thursday, June 20, 2019

COWBOY CARI ALAS MEJA PVC SOFT GLASS JER

ASSALAMUALAIKUM...
COWBOY CARI ALAS MEJA PVC SOFT GLASS JER | Bila nak menyambut raya tempohari,macam-macam peralatan rumah hendak diganti dengan yang baru...nak meja baru,nak sofa baru,alas meja baru,langsir baru dan macam-macam lagi la...tapi kalau semuanya nak yang baru parah juga poket tu...pada mama kalau nak ganti dengan yang baru tak ada salahnya jika berkemampuan dan tak membazir...kalau perabot dirumah masih elok apa salahnya digunakan lagi,cuma cantikkan semula bagi nampak sedikit perubahannya jadi bolehlah berjimat sedikit...tahun ni bagi mama tukar mana barang yang dirasakan nampak kusam dan beli mana yang diperlukan jer terlebih dahulu,mana perabot yang boleh diguna lagi tetap mama gunakan khidmatnya lagi tanpa perlu membazir cari perabot yang baru...

Bila nak raya meja untuk diletakkan menu hidangan hari raya adalah paling penting dan ianya perlulah dialas dengan pelapik yang mudah dibersihkan jika ada kotoran yang tumpah atau jatuh diatasnya..jadi mama hanya perlu cari pelapik meja dari jenis yang mudah untuk dibersihkan..

Biasanya mama letakkan kaca di atas meja makan ni,supaya senang nak membersihkannya nanti tapi kali ni tak dapat nak digunakan khidmat cermin tu sebab cerminnya dah pecah dibahagian hujung jadi terpaksalah cari alasan untuk beli yang baru..tapi kali ni mama ambil cara paling mudah,selamat dan save cos beli alas meja ala-ala macam cermin juga tapi ianya hanya plastik dari PVC SOFT GLASS yang tahan lasak,dapat info ada PVC Soft Glass ni pun dari ahli-ahli group deko...bila dah ada info mana nak cari  alas meja ni,kerja jadi lebih senang terus jer ke pasaraya yang telah diberitahu...
Memang mudah menggunakan alas PVC Soft Glass ni sebab ianya tidaklah seberat cermin dan juga ianya mudah untuk dialih-alihkan...PVC Soft Glass ni memang tebal dan sangat elok digunakan...mama membelinya di Pasaraya Cowboy dengan harga semeter RM39.90...ada 3 jenis dengan 3 harga yang berlainan...mulanya mama nak beli PVC yang paling tebal tapi disebabkan kehabisan stok mama pilih PVC yang sederhana ketebalannya saja....rasanya itu pun dah cukup elok bagi mama sebab bila digunakan di atas meja ngam-ngam jer ikut kelebaran meja makan mama...
Mulanya mama nak beli ikut ukuran yang telah mama sediakan awal-awal dari rumah tapi bila diukur hanya tinggal sedikit lagi dah dekat 2meter jadi terpaksa la beli lebih...lebihnya bolehlah diletakkan dimeja yang lain...inilah lebihan plastik tu mama alaskan kat meja console mama ni,senang tak membazir lebihan yang ada tu...senang nak lap habuknya nanti...
Siap juga mama letakkan PVC Soft Glass diatas meja makan mama ni...ngam-ngam jer terletak diatas meja dan dah sebiji macam cermin betul jer...pada korang yang belum tahu dan ingin membelinya bolehlah ke pasaraya Cowboy yer,memang puas hati dapat menggunakan PVC Soft Glass ni...

Nak jadi cerita alas meja mama tu pun tak sempat nak beli kain alasnya sebab memanjang cari ada jer yang tak berkenan,jadi jalan mudahnya mama gunakan langsir dari IKEA ini buat alas dibahagian bawahnya...nak guna alas meja lama pula dah pudar warnanya..nasib baik la ada stok kain langsir IKEA yang mama terbeli lebih pada tahun lepas,berguna juga dia pada tahun ini...kira okaylah tu janji bertutup mejanya...jimat jugalah tak perlu nak cari alas yang lain lagi...jangan risau la,memang puas hati gunakan PVC Soft Glass ni..

p/s sekejap jer dah hari ke 16 kita berhari raya..

6 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah dilah sori yer terdelete pulak komen ni...

      Delete
  2. pasaraya Cowboy area mana tu? kat kulai ada satu..tp confuse nak park kereta kat mana...kat tepi jalan tu kena tunda pulak nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Kulai mmg tu jer satu pasaraya Cowboy...masuk ke kiri n park di bahagian basementnya...

      Delete
  3. Kreatif sungguh Mama..
    Tapi daun tu memang trending tahun ni, kalau buat props pun lawaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekacih lin..deko biasa2 jer lin....haah lin

      Delete