ASSALAMUALAIKUM...
SINOPSIS DRAMA KOREA EMPRESS KI | Bagi korang yang memang peminat drama Korea pasti akan seronok menonton drama Korea "EMPRESS KI" ni...walaupun drama ni dah lama tapi baru-baru ni saja mama dapat menontonnya di Channel TVOK...mama memang suka menonton drama Korea yang bercirikan klasik dulu-dulu ni..drama ini merupakan kisah sebenar semasa pemerintahan Genghis Khan di Yuan dulu dan bagaimana seorang wanita kelas bawahan berjaya menjadi Empress Ki..kisah ini telah dijadikan drama untuk tontonan umum..
Kisah seorang wanita cantik yang berasal dari Goryeo berstatus bawahan sehingga menjadi seorang Empress Ki di Tanah Jajahan Gengis Khan serta dapat memerintah dan memegang kuasa besar di Tanah Genghis Khan selama 37tahun.

Ha Ji Won (Ki Seung Yang Empress Ki)

Ki Seung Yang seorang kanak-kanak berasal dari Goryeo, bersama ibunya telah dijadikan hamba dan ibunya telah dibunuh oleh askar Yuan..dalam pada itu beliau telah dikurung untuk dijadikan hamba..Raja Goryeo Wang Ho telah melepaskan beliau dari menjadi hamba..Ki Seung Yang telah berjaya melepaskan diri dan mereka telah bertemu kembali setelah dewasa tapi Ki Seung Ki telah menyamar menjadi seorang lelaki untuk mengelakkan beliau dijual dan dijadikan hamba.
Ji Chang Wook (Emperor Toghon Temur)

Setelah menyamar sebagai lelaki beliau telah bertemu dan menyelamatkan pula Raja Yuan iaitu Emperor Toghon Temur yang tidak pandai membaca dan menulis..Beliau telah dipergunakan oleh Pemangku raja dalam segala hal..Pemangku Raja Yuan yang jahat ingin memiliki kuasa raja dan ingin membunuh Empror Ta Hwan tapi telah dapat diselamatkan oleh Ki Seung Yang sehingga raja dapat pulang ke negaranya dengan selamat.Ketika inilah rahsianya seorang wanita telah terbongkar..Ta Hwan sangat menyukai Ki Seung Yang dan telah menjadikan beliau istanawati di Istana Yuan..Pemangku Raja Yuan masih tetap dengan niat jahatnya untuk merebut kuasa Raja Yuan dengan mengahwinkan anak perempuannya Tanasiri dengan Ta Hwan.Tanasiri terlalu cemburukan Ki Seung Ki sehingga sanggup membunuhnya.

Joo Jin Mo ( Wang Ho)

Banyak peristiwa berlaku di mana takhta Wang Ho telah dirampas dan dijadikan tebusan oleh askar Yuan (Genghis Khan) Wang Ho terpaksa melakukan banyak perkara untuk mendapatkan kembali takhta Raja Goryeo.Beliau begitu menyayangi Ki Seung Ki dan tanpa beliau sedari Ki Seung Ki telah mengandungkan waris Raja Goryeo itu.Tapi telah berlaku kejadian yang buruk dimana isteri Toghon Temur Empress Tanashiri telah mencuba membunuhnya.Tanashiri bimbang takut hubungan mereka berjaya mendapatkan waris untuk Yuan kerana Tanashiri tidak boleh melahirkan zuriat pewaris takhta Yuan..Ta Hwan terlalu menyukai Ki Seung Ki ketika beliau menjadi istanawati..Dalam kejadian pembunuhan itu Ki Seung Yang telah terselamat tapi beliau telah terpisah pula dengan anaknya.

Semakin bertambah lagilah dendam Ki Seung Yang dengan Empress Tanashiri dan dengan pertolongan Panglima Bayan beliau telah berjaya memasuki Istana Yuan sebagai Rani iaitu gundik kepada RajaToghon Temur..maka bermula permainan beliau dalam percubaan untuk membalas dendamnya..Sejak menjadi rani Ki Seung Yang memulakan rancangannya dengan mengajar Raja Toghon Temur menulis dan membaca secara diam-diam tanpa pengetahuan Pemangku Raja.

Baek Jin Hee ( Empress Tanashiri)

Bermacam-macam cara telah dilakukan untuk menyingkirkan kuasa Pemangku Raja dan Ki Seung Yang cuba untuk mengembalikan kuasa kepada Emperor Toghon Temur.Sebenarnya anak Ki Seung Yang yang hilang itu telah ditemui oleh Empress Tanasiri dan dia telah menganggap budak itu adalah anaknya kerana beliau sebenarnya seorang yang mandul.Empress Ki Seung Yang boleh mengenali anaknya melalui tanda lahir yang ada di kaki anaknya.

Setakat ni mama baru menonton episod drama ini yang ke 40 masih ada 11 episod lagi yang akan ditayangkan di Channel Astro OK!HD394.Bila tengok kat Youtube pengakhiran cerita ini sedih rupanya sebab Raja Toghan Temur telah diracun oleh pembantunya sendiri dan mati akhirnya.Pemerintahan di Yuan diambil alih oleh Ki Seung yang sebagai Empress Ki.


p/s tetap nak tengok episod akhirnya di tv nanti...