ASSALAMUALAIKUM...
RESIPI TELUR BUNGKUS SIMPLE |Bila tiba bulan ramadhan memang semuanya sibuk cari resipi simple untuk dimasak...masak yang simple tulah yang sedapnya,itu juga yang habis dulu...jadi kali ni mama nak share resipi telur bungkus simple ni...mula-mula kenalah masak isi dalamnya dulu yer...tak teringat nak ambil gambar masa mula memasak isinya...jom kita tengok bagaimana nak memasaknya...

Bahan yang diperlukan adalah
Daging hancur
Sayur campur
Telur
Minyak garam
Serbuk perasa
(Kalau suka leh letak daun sup/bawang)

Cara memasaknya
Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang besar/holland dan sayur campur,senang jer macam nak buat isi begedil tu jer..
Pastu masukkan daging hancur,masaklah sehingga daging masak dan kering sedikit.
Bila dah kering tepikan,pastu kita buat telur dadarnya.
Kalau suka leh letak hirisan daun sup/daun bawang
Mama tak letak pun sebab stoknya dah habis.

Panaskan minyak dan goreng telur macam goreng telur dadar jer,tapi goyangkan telur disekeliling kuali supaya besar dan senang nak letak bahan intinya kata atas telur tadi.
Bila dah letak isi kat atas telur tu, lipat tepi telur tadi supaya senang kita nak terbalikkan kuali..Berhati-hati semasa membalikkan telur tu yer,hati-hati supaya telur tu tak pecah.

Akhir sekali telur bungkus simple siap untuk dihidanglan..kalau suka telur tu boleh dipotong sedikit,kalau tak suka biarkan saja dan menu ni boleh dimakan panas-panas.Okay la kalau suka boleh mencuba memasaknya yer..selamat mencuba kawan-kawan..


P/s selamat berbuka korang...