ASSALAMUALAIKUM...
LARANGAN PENJUALAN MERCUN DI MUSIM PERAYAAN | Bila sebut bab-bab mercun ni setiap musim perayaan, mesti ada jer yang cedera akibat bermain mercun buatan sendiri atau yang dijual..memang tidak dinafikan akibat membuat mercun buatan sendiri ada yang putus tangan,putus jari,melecur seluruh badan dan macam-macam lagi..nak raya jer mesti ada saja cerita begini, akibat kedegilan pihak-pihak yang tertentu yang sanggup mengaut keuntungan di musim perayaan ini sehingga sanggup membiarkan perkara-perkara begini terjadi oleh itu pada tahun ini pihak polis telah melarang mana-mana pihak dari menjual mercun dan bunga api pada musim perayaan ini.Hanya bunga api jenis "Pop-Pop" dan "Happy Boom" saja yang boleh dijual kerana ianya tidak mengandungi bahan membakar yang boleh membahayakan keselamatan.


Kalau bagi kat cucu mama si dak Darwisy tu mesti dia tak mahu pegang langsung bunga api ni...walaupun bunga api ni jenis yang tak membahayakan tapi Darwisy tetap tak suka..bahaya ! bahaya ! la mama katanya..mama Darwisy lagilah seronok sebab tak perlu nak belikan bunga api kat dia...kalau ada sepupu dia yang bermain Darwisy akan memandang jer dari jauh...

Lebih baik mencegah daripada mengubati kan..walaupun begitu lebih seronok kalau dapat melihat kanak-kanak bermain bunga api di malam hari...barulah terasa kemeriahan hendak menyambut hari raya aidil fitri..teringat masa kecik-kecik dulu kalau tak dapat bunga api ni rasa macam satu kejanggalan jer...orang lain sibuk bermain bunga api kita duduk tepi memandang saja..tapi bila dapat jer bunga api kat tangan,memang terasa sangat semangat nak raya tu semakin memuncak-muncak...peel riang ria kanak-kanak nak sambut hari raya...di harapkan semoga tahun ni tiada lagi berita kecederaan kanak-kanak bermain mercun lagilah hendaknya....


p/s tahun ni kurang bersemangat sikit nak beraya sbb hubby tak sihat...