Tuesday, May 28, 2019

KADAR ZAKAT FITRAH JOHOR DENGAN KADAR RM7 DAN RM10

ASSALAMUALAIKUM...
KADAR ZAKAT FITRAH JOHOR DENGAN KADAR RM7 DAN RM10 | Macam mana korang dah pergi menunaikan kewajipan yang penting ini?Kalau belum cepat-cepatlah tunaikan zakat fitrah tu yer...Majlis Agama Islam Negeri Johor(MAINJ) telah menetapkan kadar zakat fitrah untuk Negeri johor pada dua harga iaitu RM7 dan Rm10 pada tahun ini..penetapan harga ini berdasarkan harga beras mengikut jenis dan gred yang dimakan oleh semua penduduk..kadar RM7 adalah untuk umat islam yang menjadikan beras daripada jenis Super Tempatan dan manakala kadar zakat RM10 menjadikan beras daripada beras wangi dan beras basmathi sebagai makanan pilihan...

Di bawah ini disertakan panduan untuk pembayar zakat fitrah di Negeri Johor ini.


Panduan Pembayar
-Umat Islam yang bermukim di Negeri Johor wajib menunaikan Zakat Fitrah di negeri Johor
-Bayaran Zakat Fitrah perlulah dibayar kepada amil-amil yang mempunyai kuasa amil daripada Majlis agama Islam Negeri Johor
-Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor
-Digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum raya.
-Tiada pembayaran zakat Fitrah secara online,bayaran hendaklah dibuat menerusi Amil Fitrah yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya:
"Rasulullah S.A.W mewajibkan Zakat Fitrah kerana ia membersihkan kekotoran(dosa) orang-orang yang berpuasa dan memberi makanan (juadah) kepada orang-orang miskin,dan barang siapa menunaikannya (zakat fitrah) sebelum solat hari raya,maka ia adalah zakat yang diterima dan barangsiapa yang menunaikannya (zakat Fitrah) selepas solat hari raya,ia menjadi sedekah-sedekah biasa (bukan Zakat Fitrah)
Hadith Riwayat : Abu Daud & Ibnu Majah



2 comments: