ASSALAMUALAIKUM...
HARGA TOL 30% DISKAUN PADA HARI RAYA PERTAMA | Pada korang yang nak balik kampung atau nak beraya bolehlah menikmati diskaun harga tol sebanyak 30% pada hari raya pertama nanti.Jadi pada yang menggunakan lebuhraya yang telah ditetapkan korang akan menerima diskaun 30% ini yer...
Menteri Kerja Raya Baru Bian telah mengumumkan 23 lebuhraya di negara ini akan memberikan diskaun tol sebanyak 10 sehingga 33 peratus kepada pengguna kenderaan kelas 1 pada hari pertama sambutan Aidil Fitri minggu hadapan.Diskaun ini berkuatkuasa bermula pukul 12tengah malam sehingga 11.59 malam pada hari yang sama.

Di bawah ini senarai 23 lebuhraya yang akan mendapat diskaun tersebut :

1-Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) - 33%
2-Lebuhraya Grand Saga (GSSB) - 30%
3-Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) - 20%
4-Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) - 20%
5-Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) - 20%
6-Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) - 20%
7-Jabatan Pulai Pinang - 20% (kenderaan Kelas 2 sahaja)
8-Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2 - 20%
9-Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) - 20%
10-Lebuhraya Pantai Baru (NPE) - 20%
11-Lebuhraya BESRAYA - 20%
12-Lebuhraya MEX (Maju Expressway) - 15% (semua Kelas kenderaan)
13-Lebuhraya Grand Sepadu - 15%
14-Lebuhraya Shah Alam (Kesas) - 10%
15-Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA) - 10%
16-Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) - 10%
17-Lebuhraya Bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (AKLEH) - 10%
18-Lebuhraya Kajang SILK (SILK) - 10%
19-Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) - 10%
20-Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 - 10%
21-Lebuhraya Lingkiran Luar Butterworth (BORR) - 10%
22-Lebuhraya Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JKSB) - 10%
23-Lebuhraya Kuala Lumpur - Selangor (LATAR) - 10%

Selain itu tiga lagi lebuhraya hanya menawarkan diskaun di Plaza Tol tertentu iaitu :

1-Plaza Tol Ampangan bagi Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS) -10%
2-Plaza Tol Perling dan Lima Kedai di Lebuhraya Laluan Kedua (LINKEDUA) - 20%
3-Plaza Tol Pulau Indah di Lebuhraya Lembah Klang selatan (SKVE) bagi trafik keluar sahaja -10peratus untuk semua Kelas kenderaan bermula pukul 6 pagi pada 5 Jun hingga 5.59 pagi, 7 Jun

info : BERNAMA


p/s selamat berbuka dan selamat menyambut hari raya Aidil Fitri semua....