ASSALAMUALAIKUM...
Mulakan Tabiat Makanan Sihat Sejak Kecil dengan Pasta Organik Alce Nero untuk Kanak-kanak


Didatangkan dalam bentuk huruf dan kenderaan bersama tambahan bayam serta tomato untuk lebih kebaikan

Terdapat pelbagai feadah yang boleh diperolehi dengan memulakan diet organik yang sihat untuk anak-anak sejak dari kecil.

Istilah ‘organik’ bermaksud makanan tersebut merupakan hasil sistem perladangan yang tidak menggunakan baja buatan manusia dan racun serangga ke atas tanaman, makanan aditif kepada haiwan ternakan, penggunaan radiasi serta organisma yang telah diubahsuai secara genetik[1].

Kajian menunjukkan manfaat diet seimbang adalah merangkumi makanan organik yang diiktiraf kerana ianya tidak mempunyai bahan kimia daripada racun serangga. Kandungan bahan kimia ini berkemungkinan boleh memberi impak negatif ke atas tumbesaran fizikal dan otak kanak-kanak.   

Walaupun jumlah hormon dan bahan kimia di dalam makanan bukan-organik adalah kecil, kajian menunjukkan ianya masih berkemungkinan tinggi boleh menjejaskan pertumbuhan neorologikal dan tingkah laku jika anak-anak terdedah padanya dalam jangka masa yang panjang. Malah wujud juga kaitan di antara pendedahan racun serangga terhadap maklum balas refleks neonatal, psikomotor, perkembangan mental serta gangguan hiperaktif yang boleh mempengaruhi tahap tumpuan kanak-kanak[2].
Selain itu, wujudnya keperluan untuk menukar diet anak-anak anda kepada makanan organik adalah untuk mengurangkan pendedahan terhadaporganofosfat, sejenis racun serangga neurotoksik yang boleh menyebabkan aktiviti di dalam sistem saraf pusat dan periferal menjadi lebih pasif dalam kadar yang signifikan. Bahan ini boleh didapati dalam banyak makanan bukan-organik yang komersialkan[3].

Rasional untuk memilih diet yang lebih organik, terutama bagi kanak-kanak sememangnya jelas. Biarpun begitu, kanak-kanak mempunyai kecenderungan sendiri yang secara lazimnya lebih gemar kepada makanan snek yang mengandungi pewarna berkimia, berperisa tiruan ataupun makanan segera yang telah diproses. Haih.

Salah satu strategi yang efektif untuk ibu bapa praktikkan adalah dengan memupuk tabiat memakan makanan sihat sejak dari usia kecil, terutama sekali makanan organik. Bak kata pepatah, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Kaedah ini memerlukan pendekatan yang kreatif daripada ibu bapa yang akhirnya boleh membantu anak-anak untuk lebih cenderung kepada makanan yang lebih baik, sekali gus memastikan mereka untuk sentiasa memilih makanan yang sihat.

Alce Nero, jenama peneraju dalam kalangan pengguna yang peka terhadap alam sekitar dan kesihatan ada di sini untuk membantu golongan ibu bapa memulakan tabiat pemakanan sihat, organik dan sedap menerusi Pasta Alphabet Organik dan Pasta Bentuk Kenderaan Organik yang sangat bagus dan comel.

Konsep makanan dari ladang-ke-meja Alce Nero dapat dilaksanakan melalui rangkaian peladang organiknya, membantu dalam penghasilan makanan yang lebih sihat. Penambahan baharu ke dalam rangkaian makanan organik tulen dari Itali ini adalah disahkan 100% organik oleh Undang-Undang Kesatuan Eropah dan Perladangan Organik JAS di Jepun,  

Memasukkan Sayur-sayuran ke dalam Diet Kanak-kanak
Pasta Organik Alce Nero untuk kanak-kanak mengandungi kepingan huruf sayur bayam hijau dan tomato merah kering yang organik. Kanak-kanak gemari huruf-huruf berwarna dan akan berseronok menyusun sebelum memakannya, tanpa menghiraukan sayur-sayuran yang ada di dalamnya.

Lama-kelamaan, mereka akan sukakan rasa makanan organik dan tidak lagi takut untuk makan sayur-sayuran! Minda mereka juga akan dirangsang dan boleh mengenali huruf-huruf yang pastinya membantu meningkatkan kemahiran membaca. Makan secara sihat dan mulakan kemahiran membaca dengan Pasta Organik untuk Kanak-kanak Alce Nero!

Makanan Organik Mesra Kanak-kanak
Kanak-kanak gemar menikmati pasta dengan sos tomato. Oleh itu, Alce Nero adalah sebuah jenama penyelamat untuk perihal itu – dengan menawarkan makanan organik yang mesra kanak-kanak. Untuk menyediakan Pasta Alphabet Organik Alce Nero, ikut sahaja arahan yang disediakan dan pada masa sama panaskan Sos Tomato Pasta Alce Nero di dalam periuk.

Bergantung kepada penerimaan anak-anak anda terhadap sayur-sayuran organik dan protein, tambah bahan-bahan yang mereka sukai. Kemudian, letakkan sos ke atas pasta berkenaan. Anda juga boleh meletakkan sedikit keju di atas hidangan yang enak ini dan lihat wajah ceria anak anda. Sos Tomato Pasta Alce Nero sememangnya sedap dan boleh menjadi perisa yang enak kepada pasta organik anda untuk sesi masakan yang singkat!

Mahu menjadikan waktu makan lebih menyeronokkan, ibu bapa boleh berseronok bersama anak-anak dengan meminta mereka mengeja perkataan menggunakan huruf-huruf, atau mengenal pasti kenderaan berbeza yang membentuk pasta berkenaan. Mereka pasti bergembira dengan aktiviti tersebut sambil menikmati Pasta Alce Nero untuk Kanak-kanak yang dapat membantu mereka membentuk tabiat makan makanan organik sejak usia muda, selain mengukuhkan mesej bahawa makanan organik juga sedap dan menyeronokkan!

Ibu bapa di Malaysia kini boleh menggunakan produk-produk Alce Nero dengan yakin kerana ia telah disahkan Halal oleh badan persijilan rasmi yang diiktiraf JAKIM.

Untuk resepi makanan yang sihat, unik dan organik yang boleh anda nikmati bersama si kecil, sila layari laman web https://alcenero.asia/recipes.html dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/.

                                                               ENDS-

Mengenai Alce Nero
Alce Nero ditubuhkan pada tahun 1970-an apabila dua orang petani muda dari Itali mengambil keputusan untuk merintis revolusi organik dengan menghasilkan makanan yang sihat, pada masa sama menghormati alam sekitar. Alce Nero menggabungkan method pertanian lama dengan penyelidikan termaju berkaitan kesihatan dan alam sekitar. Teknik-teknik ini telah berkembang tetapi kualitinya masih berasaskan kepada bahan-bahan mudah yang membentuk Alce Nero: kecintaan terhadap makanan, hormat kepada alam sekitar dan tidak menggunakan bahan kimia sintetik.

Hari ini, Alce Nero merupakan jenama organik No. 1 di Itali. Para pengeluar kami terlibat dalam semua peringkat pengilangan. Sekali gus membolehkan kami menghormati prinsip sepanjang proses pengeluaran dan dapat mengesan asal makanan kami dengan tepat. Justeru, kami boleh memberi jaminan produk asli Itali yang 100% organik terus dari ladang ke atas pinggan anda. Alce Nero terkenal dengan persijilan organik yang diterimanya daripada Kesatuan Eropah dan Jepun.

Di Malaysia, Alce Nero menawarkan rangkaian produk pasta organik, minyak zaitun dara, sos pasta, jem dan madu. Maklumat lanjut, sila layari laman web www.alcenero.asia.