ASSALAMUALAIKUM...
 Ayuh Bangsa Johor! Karnival Kerjaya Johor Kembali Lagi! Unit Strategik Modal Insan Johor (Unit SMI) dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor melalui Pusat JobsMalaysia Johor akan mengadakan #KarnivalKerjayaJohorBestari2019. 
20 & 21 April 2019 (Sabtu & Ahad) 
10.00 pagi hingga 6.00 petang 
 Aras LG & GF, Galleria@Kotaraya Johor Bahru
 # Temuduga Terbuka oleh 80 Majikan 
# Terdapat 5,000 Peluang Kerjaya Ditawarkan
 # Pameran Informatif Pendidikan, Kemahiran & Agensi Kerajaan
 # Peluang Kerjaya & Informasi Berkaitan Penjawatan Dalam Bidang Perkhidmatan Awam Negeri Johor oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) 
# Perkongsian Maklumat Berkenaan Peluang Kemahiran, Peningkatan Kerjaya & Peluang Kerjaya
 # Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh KPJ Healthcare 
 Peringatan Mesra Kepada Pencari Kerja! Calon pencari kerja diminta mendaftar di dalam sistem https://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmy/home dan pastikan akaun anda aktif dan dikemaskini sebelum hadir program ini. 
Peluang temuduga secara langsung dan pemadanan pekerjaan menanti anda. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sebarang pertanyaan atau kesulitan berkaitan portal JobsMalaysia, boleh terus berhubung di talian Pusat JobsMalaysia Johor: 07-2214673 / 018-6614672 
Sumber Daripada: Unit Strategik Modal Insan Johor (Unit SMI) Facebook Page: https://www.facebook.com/unitstrategikmodalinsanjohor/ LinkedIn Page: https://www.linkedin.com/company/unitstrategikmodalinsanjohor/ Emel Rasmi: unitsmi@johor.gov.my #KKJB19 #JomCariKerjaEk! #KarnivalKerjaya #KerjaKosong #CariKerja #CareerFair #JobFair #Jobs #Vacancy #modalinsanJohor #UnitSMI #Johor #Malaysia