BUAH TANGAN DARI KELANTAN | Seminggu yang lepas cucu asuhan mama bercuti...relax la sikit dari menjaga 2 baby...walaupun tak ada Hana Delisha cucu sendiri tetap kena jaga juga...biasalah menjaga baby dan budak-budak ni memang kena perhatian yang lebih...semua perkara kita yang perlu buatkan untuk mereka jadi memang kena tabah la kan...setakat ini alhamdullilah mama masih bertenanga untuk menjaga mereka tapi kalau dah semakin berusia nanti mungkin surrender jee la...okay la sebenarnya mama nak cerita benda lain tapi melalut cerita lain pulak..
Mama Hana Delisha ni memang baik orangnya,tak berkira sangat,bila balik ke kampung beliau di Kelantan pasti akan ada saja buah tangan yang dibawa dari sana...memang akan ada saja la ole-ole yang dibawakan untuk mama setiap kali balik dari kampung halaman beliau...kalau hari raya pula,mama pasti akan mendapat duit raya juga dari beliau...semoga semakinlah murah rezeki mama Hana Delisha ni..kali ni ole-ole yang dibawa untuk mama adalah sepasang telekung Siti Khadijah dan keropok ikan...alhamdullilah seronok rasanya dapat ole-ole ini...
p/s dah sayang macam cucu sendiri juga...
1 Comments
ika kalau balik kg kat kelantan, mesti beli keropok keping tu bg kat jiran dgn buat bekalan dkt rumah. heee
ReplyDeletePost a Comment