MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA

March 28, 2019

ASSALAMUALAIKUM...

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA | Alhamdullilah ! seronok dan sejuk rasa hati grandma bila lihat cucunda perempuan  grandma ni...teringin nak solat juga bila lihat semuanya bersolat..kebetulan memang ada dalam simpanan grandma telekung lama untuk budak-budak ni...tempohari kemas almari pakaian terjumpalah simpanan telekung yang lama ni...ingatkan nak sedekahkan saja telekung yang ada dalam simpanan grandma ni kat masjid tapi bila lihat cucunda grandma ni dah mula berminat nak menggunakannya jadi memang berbaloi sangat grandma bagi saja telekung ni kat Damia...
Walaupun besar sedikit tapi elok juga buat permulaan pembelajaran dan untuk minatkan Damia bersolat...sejuk jer rasa bila lihat Damia boleh memakai telekung ni...taklah telekung kecik ni jadi terbiar jer di dalam laci almari tu...
 Si adik pun nak mencuba memakai telekung tu juga...alhamdullilah semoga Allah sentiasa memberkati cucu-cucu grandma ni,supaya terus membesar menjadi seorang insan yang solehah yer...
 Manis juga Damia bila bertudung...permulaan yang baik untuk cucu-cucu grandma juga pembelajaran pertama percubaan memakai tudung...lama kelamaan nanti akan jadi terbiasa dan mudah untuk mereka memakai tudung ni...
Si kecik Darleen ni biasalah bila tengok kakak Damia mencuba dia pun nak mencuba juga..

"Ya Allah Kau berikanlah kesempurnaan,kebahagiaan,keberkatan,keimanan yang solehah buat cucunda ku ini,agar mereka sentiasa diberkati oleh MU disetiap masa...aamiin"


p/s buah hati gramdma...



You Might Also Like

5 000 jiran datang mendoakan mama

  1. Comel.. betul tu.. semoga menjadi anak solehah..

    ReplyDelete
  2. Comelnyaaa....tudung budak-budak sekarang memang cantikkk...geramm nengokk..kita kadang kalau nampak, belikan si Mia juga...

    ReplyDelete
  3. Allahu Akbar,. Sejuk perut mama & grandma kan. Samalah sy hari tu nasib baik ada lagi telekung Iman masa kecik dapatlah diwariskan pd sepupunya yg berebut nak guna telekung emaknya

    ReplyDelete
  4. betul tu mama, anak kita dari kecik, memang kita pakaikan tudung..bab nak ikut umi dia solat betul² tu jelah payahnya...tengah khusyuk solat, dia pulak duduk tengah²...

    ReplyDelete
  5. alahai comel betul masing-masing! geram nengoknyeee

    ReplyDelete