ASSALAMUALAIKUM...

 Untuk makluman pengunjung yang nak ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019. Pada tahun ini satu laman baru diperkenalkan kepada pengunjung-pengunjung pesta buku ini iaitu "LAMAN KARIKATUR DAN ACCOMIX" yang diadakan di Dewan Tun Dr Ismail (Dewan yang sama dengan Syarikat Karangkraf). 

Kepada pengunjung-pengunjung yang ingin dikarikaturkan wajah sendiri, anak-anak, ahli keluarga serta teman rapat.. Laman Karikatur & Accomix ini menyediakan perkhidmatan melukis dengan harga yang sangat berpatutan. 

Ramai karikaturis yang berpengalaman bisa mengkarikaturkan wajah-wajah comel anda ACCOMIX pula adalah himpunan jualan komik-komik terkenal yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit besar tempatan. Jangan lupa singgah! Pasti meriah!