ASSALAMUALAIKUM...
TIPS NAK SEDIAKAN STOK SALAD DALAM BEKAS SELAMA SEMINGGU | Morning kawan-kawan alam maya...dah sarapan pagi ini..? harap semuanya sudah siap bersarapan oleh itu jomlah kita mulakan sekarang rutin harian bagi suri rumah dan bagi yang bekerja selamat bekerja yee...hari ni mama nak sharekan tips bagaimana nak sediakan salad untuk tahan selama seminggu...bagi yang berdiet bolehlah sediakan di dalam bekas yang elok dan simpan di dalam ais box...
 JENIS BEKAS ( MASON JAR ATAU BEKAS PLASTIK)
Pilih bekas plastik yang bebas BPA.Ianya lebih lasak berbanding mason jar.Kelebihan mason jar pula,bahan-bahan di dalamnya tidak mudah bercampur gaul.Jika di tempat kerja tidak ada peti sejuk pastikan bekas-bekas ini muat dalam cooler bag yang diisi ais.
 ATURAN BEKAS PLASTIK
Lapisan pertama ialah daun-daun yang dibasuh,tos,dilap kering.Lapiskan dengan buah,sayiran,kekacang seperri lobak merah,lada benggala,jagung ,kacang peas.Tambah hirisan ayam panggang atau telur rebus.Letak sos dressing dalam bekas kecil asing dan tuangkan bila hendak dimakan.
 ATURAN MASON JAR
Letak sos dressing pilihan diikuti dengan sayuran seperti lobak merah,bawang,chickpeas,lada benggala.Lapiskan dengan daun hijau diakhiri dengan hirisan ayam atau tofu panggang.Boleh tambah raisins,avocado,kacang,buah kering.Goncang sebelum dimakan.
 DIET SALAD 
Siapkanlah pek untuk bekalan selama seminggu dan letakkan di dalam peti ais.Lebih senang dan mudah untuk dibawa ke pejabat dan salad akan terus kekal segar dan mudah dibawa.
Salad yang anak mama telah siapkan untuk menu makan tengahari ini.Pada yang berdiet bolehlah ikut tips untuk salad tetap kekal segar dan siapkan stok salad selama seminggu di dalam peti ais..Bila nak makan stok salad sudah siap tersedia.

p/s selamat berdiet pada yang berdiet yer...