KEMATIAN MENGEJUT ANAK JIRAN BANGSA INDIA | Semalam persekitaran lorong perumahan mama ini dikejutkan dengan kematian seorang anak jiran India mama...kematiannya pun buat kami jiran tetangga disini merasa terkejut kerana baru saja nampak kelibat anaknya...anaknya baru berusia 19tahun dan majlis hari lahir beliau baru saja dibuat pada bulan Januari yang lepas...dan bila ditanya dengan jiran-jiran yang lain rupa-rupanya anaknya telah kemalangan atau tergelicir sewaktu berkelah mandi manda di Air Terjun Kota Tinggi semalam...
Ramai juga yang datang untuk memberi penghormatan terakhir untuk mendiang...Salam takziah buat jiran mama ni dan semoga beliau tabah dengan kehilangan anaknya ini...
p/s hidup mati semuanya telah ditentukan oleh Allah..
5 Comments
AJAL DAN MAUT DITANGAN ALLAH S.W.T
ReplyDeleteKesiannya..takziah buat keluarga mendiang
ReplyDeleteSalam takziah buat keluarga mangsa ...
ReplyDeleteMoga keluarga mendiang tabah menghadapinya
ReplyDeletetakziah
ReplyDeletePost a Comment