ASSALAMUALAIKUM...
Master Pasto Ready To Eat Tanpa Pengawet Tanpa MSG Halal Dan Senang Dimasak | Wah !! feveret cucunda grandma ni,memang pantang sebut menu spaghetti cepat je nak dimakan...budak-budak mahu pun orang dewasa memang ada yang suka menu spaghetti ni tak kiralah spaghetti bolognese,spaghetti aglio olio atau spaghetti carbonara.Master Pasto ini adalah produk tanpa MSG,tiada bahan pengawet dan yang penting sekali ianya adalah halal.Makanan Malaysia, instant spaghetti dan ianya amat mudah disediakan hanya mengambil masa 3minit saja.
Pada penggemar pasta atau spaghetti pasti teruja untuk merasai produk terbaru ini..Kita cuma perlu panaskan dan korang boleh terus menikmati spaghetti pilihan korang.Memang mudah sekali cara untuk memasaknya..ianya adalah sajian segera di Malaysia dan istimewa dari Master Pasto.

Terdapat 3 jenis perasa spaghetti dari Master Pasto ni
1-Master Pasto Spaghetti Aglio Olio With Chicken
2-Master Pasto Spaghetti Bolognese With Chicken
3-Master Pasto Spaghetti Carbonara With Chicken

Mudahkan dengan adanya produk baru dari Master Pasto ni...bagi korang yang suka travel atau ada anak-anak masih belajar boleh menyediakan menu spaghetti ini dengan masa yang singkat saja..kalau korang yang tiada microwave masih boleh menyediakannya juga dengan cara merendamkan pek tersedia itu di dalam air panas yang mendidih.
Terdapat 2 pek perencah kedap udara di sediakan di dalam setiap kotak..satu yang mengandungi spagetti dan satu lagi adalah kuah sos spaghetti aglio olio bersama ayam..ambil kedua-duanya dan tuangkan di dalam pinggan dan panaskan ke dalam microwave selama 3minit. Spaghetti Aglio Olio sedia untuk dinikmati.

Setiap kotak Master Pasto, ada dua pek kedap udara yang dibungkus dengan teknologi terkini yang berkualiti di Kilang LiocoFood Industries Sdn Bhd.
Di belakang setiap kotak spaghetti ini terdapat cara-cara mudah untuk menyediakannya.Dalam setiap dua pek itu terdapat satu pek kuah sos berserta ayam dan cendawan juga pek spaghetti yang sudah siap direbus,jadi amat mudah sekali,korang boleh memanaskan mengikut dua cara yang boleh dilakukan seperti yang tertera di belakang kotak
1-MASTER PASTO SPAGHETTI AGLIO OLIO WITH CHICKEN

Siap!! Spaghetti Aglio Olio sedia dinikmati..hidangan satu pinggan ini cukup untuk keperluan seorang dewasa menikmatinya.Rasanya pula sedikit pedas dan kering tapi sedap dan sesuai untuk kanak-kanak, paling best ianya adalah instant pasta dan ready to eat..
2-MASTER PASTO SPAGHETTI BOLOGNESE WITH CHICKEN

Cucunda grandma suka menu spaghetti yang ni..cara membuatnya sama seperti yang di atas juga cuma rasanya saja yang berlainan...spaghetti bognese ini rasanya seperti sos bolognese asli yang biasa dimakan rasa masam tomato tetap ada dan paling best terasa herba asli origanonya.

3-MASTER PASTO SPAGHETTI CARBONARA WITH CHICKEN

Hasilnya memang agak cukup memuaskan ,sedap rasa sos carbonaranya dan terdapat isi ayam,cendawan dan dengan sos carbonara asli.Puas hati dapat merasa ketiga-tiga menu makanan pasta dari Malaysia ini.


Bestkan kalau korang nak mencuba merasai ketiga-tiga pasta ni  bolehla mencuba membeli secara online di laman web dibawah ini

WEB 
https://www.masterpasto.com/

FACEBOOK https://m.facebook.com/masterpastolioco

INSTAGRAM 
https://www.instagram.com/masterpasto/


 Lioco Food Industries SDN BHD

11, Lengkok IKS Simpang Empat 1,
Taman IKS Simpang Empat
14100, Simpang Ampat
Pulau Pinang
Malaysia.

Talian untuk dihubungi
+604 - 502 3230