Cumi Ciki Ahli Keluarga Baru | Dapat juga si Kembang adik baru...kawan anak mama dah tak boleh nak menjaganya sebab selalu outstation kerja katanya,jadi dia nak bagi kesemua kucingnya..tapi takut tak mampu nak jaga kesemuanya jadi anak mama ambil seekor saja..kesian pulak tengok keletahnya,asyiklah mengiow jer kat rumah ni sebab belum selesa lagi
agaknya,rindu mak dan adik beradik yang lain...berpisah juga kesemua 4 beradik kucing ni..2 ekor masih bersama maknya dan 2 lagi ni la yang terpisahnya...
Belikan juga sangkar baru,letak kat dalam sangkar sebab nak biarkan dia biasakan diri dulu..tapi sekejap jer dia boleh berada dalam sangkar ini pastu mengiow la semula...
Kembang dok perati jer kawan baru die ni...bagi nama Ciki jer kat kucing tu sebab mudah nak ingat...
Ikut suka jer dia nak tidur, dah sediakan tempat tidur pun masih tak boleh lagi nak sesuaikan diri...semalam si Ciki ni nampak sangat dia memang tak boleh nak tidur mungkin masih tak biasa lagi agaknya..lepaskan juga dia bebas kat dalan rumah mama ni supaya dia serasi dengan suasana baru...
Hari ni baru nampak si Ciki ni dapat tidur dengan selesanya...
Kerana kesiankan Ciki anak mama ambil semula abang Ciki daripada kawannya..jadi dah bersama semula kedua beradik ni...seronok bergurau dan bergumpal berdua bersama-sama...
Sedih hati bila fikirkan kalau anak-anak kita dipisah-pisahkan begitu,mesti kita pun akan terasa kehilangan..
P/s susah senang biarlah bersama...
2 Comments
Haraap2 Cumi dan Ciki selesa dapat tuan baru dan tempat baru
ReplyDeletecomelnyaaaa dedua punn...kemain terbongkang ek ciki tido bila da selesa..hahahah
ReplyDeletePost a Comment