Thursday, January 03, 2019

CUCUNDA KESAYANGAN GRANDMA DAH BERSEKOLAH

ASSALAMUALAIKUM..
Cucunda Kesayangan Grandma Dah Bersekolah | Memang sekejap sungguh masa berlalu tanpa kita sedar..macam tak percaya jer cucunda kesayangan grandma ni dah pun mula bersekolah...terasa macam  baru jer semalam Darwisy lahir,bila tengok Darwisy dah bersekolah ni barulah terasa sangat yang usia grandma ni pun dah semakin meninggi...tapi dalam hati grandma tetap nak kekal maintain muda jer sebab nak lihat cucunda kesayangan grandma ni membesar dan berjaya...kalau Allah bagi usia panjang untuk grandma,memang grandma nak melihat cucunda grandma ni membesar didepan mata...in sha Allah semoga Allah mendengar doa grandma ini dan memberikan grandma peluang untuk melihat Darwisy berjaya dalam hidup,berkahwin,berkeluarga dan kalau dipanjangkan usia teringin juga melihat cicit-cicit grandma nanti..semoga Allah panjangkan usia grandma untuk melihat semuanya nanti....
Seronok bila lihat cucunda grandma yang handsome ni sudah pun mula bersekolah...belajar rajin-rajin yer sayang,grandma akan sentiasa mendoakan perkara yang baik-baik saja untuk Darwisy...
Hari pertama persekolahan untuk Darwisy...semangat untuk ke sekolah dari awal lagi sudah ada dalam diri cucunda grandma ni...diharap Darwisy boleh berdikari sendiri bila berada di sekolah nanti...bila dah berada dalam suasana di sekolah baru dan berjumpa kawan-kawan yang baru pandai-pandailah jaga diri dan jaga kelakuan tu yer...be a good boy yer sayang...
 Semoga Darwisy akan dapat menyesuaikan diri dengan sekolah baru, kawan-kawan kelas juga guru-guru yang mengajar.
Sesi disebelah pagi Darwisy akan ke sekolah agama dahulu..mama Darwisy akan menghantar Darwisy ke rumah transit dahulu sebelum van yang disediakan menghantar Darwisy ke sekolah agama pula..adik Damia pun nak pergi sekolah juga...
Sesi suai kenal di sekolah agama...haii cucunda grandma sorang ni macam mana la tu pakai songkoknya...tak kisah la Darwisy janji okay dan selesa bila berada di sekolah...
Minum pagi di sekolah agama...semoga Darwisy terus membesar menjadi anak yang soleh yee...

p/s dah besar cucunda lelaki grandma sorang ni...


4 comments:

  1. wahhh... selamat menimba ilmu dan berkawan yerrr disekolah tuu..

    ReplyDelete
  2. Allahu. . Semoga diberi kesihatan yg baik & panjang umur grandma utk mencapai impian itu

    ReplyDelete
  3. yeayyy.. darwisy dah masuk sekolah mcm faris.. selamat bersekolah darwisy..

    ReplyDelete