07 October 2018

# resepi masakan

RESIPI JANTUNG PISANG CICAH AIR ASAM

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama buat baru nak update entrinya...jantung pisang dari hasil tanaman hubby di belakang rumah...dapat juga merasa makan jantung pisang ni...kali ni mama cuma rebus dan buat air asam saja..tekak macam tak sedap jadi buat macam ni untuk buat selera terbuka..pada yang teringin nak buat boleh jer mencuba resipi simple mama ni...makan tak toleh kiri kanan dibuatnya...

Cara merebus jantung pisang supaya tidak terlalu lembik...
1-Mula-mula masukkan sedikit garam dan minyak dalam air rebusan.. 
2-Rebus jantung pisang itu sehingga lembut dan berubah warnanya
3-Masukkan jantung pisang tu ke dalam air yang berais untuk mengekalkan kesegaran dan rangup...
4-Toskan airnya dan jantung siap untuk dihidangkan..

Cara membuat air asam sedap 
1-Ambil cili padi,cili merah dan sedikit belacan
2-Bakar sedikit belacan tu...kemudian tumbuk atau kisar cili bersama belacan tadi
3-Setelah itu masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa
4-Akhir sekali hiriskan bawang besar dan masukkan ke dalam air asam tadi
Air asam sedap siap untuk dihidangkan...


Entri berkaitan
  1. Resipi Air Asam Simple

2 comments:

  1. Sedapnya jantung pisang.. Makan pula dengan ikan masin.. pergh..

    ReplyDelete
  2. Shedapnyaaaa,..yumssssss

    ReplyDelete