09 October 2018

# DIY

DIY SIGN BOARD DARI PAPAN ARROW KEDAI ECO

ASSALAMUALAIKUM....
DIY Sign Board Dari Papan Arrow Kedai Eco | Macam-macamlah mama ni...ada saja yang terfikir di kepala nak buat sesuatu dari papan arrow dari kedai eco ni...sebelum operasi dijalankan kenalah cari bahan-bahan yang diperlukan maka ke kedai ecolah jawabnya....

Barang-barang yang diperlukan sudah semestinya papan arrow dari kedai eco ni...belilah beberapa keping papannya tak kiralah apa gambarnya sebab mama akan catkan semula papan arrow ni...
Nasib baik ada baki cat putih kat rumah, jadi tak perlulah nak beli baru lagi...guna mana barang yang dah sedia ada di rumah saja...
Bila cuaca panas mulalah mama mulakan operasi mengecat papan arrow tu kepada color putih...kena cat banyak kali supaya cat tu rata..di sebab papan tu licin permukaannya jadi agak payah nak rata dengan cepat....
Kena lakukan proses mengecatnya berulang kali,bila dah kering catkan semula sehingga rata keseluruhan permukaan papan arrow tu..
Bila proses mengecat papan arrow tu sudah siap sepenuhnya maka bermulalah proses yang lain pula..kali ni proses membuat huruf di papan arrow yang telah siap dicatkan dengan color putih tu...kenalah tulis atau catkan huruf di papan arrow tersebut....Siap juga proses meletakkan tanda nama di papan arrow tu akhirnya....
Siap juga penanda nama negara yang mama lukiskan di atas papan arrow ni...lepas ni satu lagi proses membuat tiang untuk dilekatkan papan penanda nama negara ni....
Ambil sebatang kayu dan hubby tolong skrewkan papan signboard tu...hubby tolong buatkan sehingga habis...
Tadaaa akhirnya siap juga papan penanda dari papan arrow tadi...mama just letakkan papan penanda ni di depan rumah jer...tambahkan sikit-sikit deko kat depan rumah mama ni...
ruangan untuk berehat di petang hari sambil minum kopi...apa macam kawan-kawan menjadi tak idea mama ni...

p/s mendeko jadi terapi minda...

8 comments:

  1. cantiknya! sukanya tengok rumah mama, cantik!

    ReplyDelete
  2. Meriah betul deko taman Mama, jeles nengok..
    Kalaulah Suami kita sama hobinya macam Mama, bestnyaaa..
    Ni Lin tak boleh nak mendeko apa, dia tak suka banyak-banyak barang huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe lin....rumah lin deko moden cantik juga tu...

      Delete
  3. Wah.. Kreatifnya sis.. Jimat dah kat sini dan hasilnya meriah sungguh..

    ReplyDelete