ASSALAMUALAIKUM...
Cucu Dan Cucu Asuhan | Inilah salah satu sebab sekarang ini mama jarang nak update blog...sibuk melayan cucu dan cucu asuhan ni...selain menjaga hubby sibuk pulak melayan cucu grandma ni...inilah rutin setiap pagi mama...selepas solat subuh awal pagi buat apa yang sepatutnya,sediakan sarapan dan ubat untuk hubby..mengemas apa yang perlu,sapu halaman rumah dan siram tanaman dan pokok-pokok di taman seconet mama tu dulu...setelah selesai di luar,masuk dan sediakan apa yang sepatutnya pula untuk masak menu tengahari,kalau sempat mama terus masak jer sebelum cucu dan cucu asuhan sampai...kalau dah ada semuanya nanti pasti kena tunggu mereka tidur dulu barulah boleh memasak..bila dah settel semuanya senang sedikit nak melayan sikecik berdua ni...jadi kenalah mama pandai adjust masa sendiri untuk melayan cucu dan cucu asuhan mama ni...nasib baik Darwisy, Damia dan Haris dah besar,kiranya dah boleh diharapkanlah tengokkan adik sekejap jika mama nak ke bilik air atau buat sesuatu...

Macam ni la gelagatnya kalau kedua-duanya bangun tidur serentak...disebelah kiri cucu ketiga mama Nur Darleena Zalikha dan disebelah kanannya pula cucu asuhan mama Hana Delisha adik kepada Haris Rifqi...
Darleena berusia 3 bulan dan Hana pula 5 bulan...Darleena dah mula nak belajar menyiarap manakala Hana dah pandai menyiarap...
Masa ni masing-masing boleh lagi nampak bersaja jer tapi bila dah penat mulalah sorang-sorang menjerit nak tido...kenalah tidurkan siapa yang awal menjeritnya dulu...ikut turn kalau nak tidurkan mereka ni, tak boleh kedua-duanya tidur serentak sekali nanti tersedar pun sama masanya juga...oleh itu yang masih berjaga kenalah mama layan dahulu supaya lambat sedikit masa tidurnya... 

p/s sekejap jer cucu2 dah mula membesar...