11 June 2018

# DIY # jahit sendiri

DIY SIAPKAN LANGSIR RAYA TAHUN NI

ASSALAMUALAIKUM...
DIY Siapkan Langsir Raya Tahun Ini | Dah berhari-hari menjahit tak juga siap...bila pegang sekejap lepas tu berehat..bila dah berehat ada saja perkara lain yang nak dibuat...jadi semalam juga mama cepat-cepat siapkan langsir ni dan pasangkan...dah rimas tengok langsir yang tak siap-siap lagi ni...
Tahun ni nak cuba jahit langsir eyelet ni pula..dah lama nak tukar tapi masih juga tak menjadinya jadi tahun ni gagahkan juga menukar paten langsir eyelet ni pula...cari ring ni kat kedai kain langsir jer...tak mahal pun satu ring ni hanya rm1.30 tapi kalau beli bnayak dapatlah murah sedikit...
Langsir dah siap berjahit cuma nak tebuk lubang untuk diletakkan ring di bahagian atas langsir tu..
Tandakan dahulu tapak ring tu kat lapik langsir...bila dah dibulatkan gunting bulatan tu dahulu...setelah itu masukkan ring ke dalam bulatan tadi dan tekankan sampai ketat..sekarang ni dah ada jual lapik langsir yang dah ready dengan lubangnya sekali jadi tak payahlah susah payah nak tebk lubang lagi hanya gunting ikut lubang yang telah ready ada tu...
Inilah dia langsir yang telah siap dimasukkan dengan ringnya...
Akhirnya dah siap juga langsir raya eyelet mama untuk tahun ini...lepas ni bolehlah lakukan proses memasang langsir itu pula...
Tadaaa !! dah siap pun proses memasang langsir eyelet mama ni.. puas hati dapat jahit eyelet langsir sendiri...pasni dah boleh buka kedai jahit langsir la.....hahahaaa lawak jer mama ni kan...

p/s nampak juga sedikit perubahan kat ruang tamu mama ni...

3 comments: