ASSALAMUALAIKUM...
DIY Papan Eco Jadi Box Simpan Barang | Bila bab diy ni memang tak pernah habis, ada saja benda yang boleh dilakukan dengan bermacam-macam cara...kalau ada idea untuk lakukan sesuatu itu pasti ianya akan menjadi jika kita dapat lakukan perkara itu dengan gigih dan tekunnya...kali ni mama nak diy kan papan eco ni menjadi box simpanan barang...jomlah kita lihat aktiviti mencantumkan papan ini dari mula hingga ke akhirnya menjadi kotak simpanan...

Koleksi papan bergambar yang mama beli di kedai Eco...ikut berapa banyak box yang ingin dibuat...kalau 1 box simpanan ni kita memerlukan 4 papan empat segi sama dan 2 papan empat segi tepat...
Satu persatu proses hubby mama mencantumkan papan kotak tersebut dilakukan...kalau mahir memang sekejap jer dah siap 1 kotak simpanan ni...
Pasangkan papan-papan tu menggunakan skrew dan engselnya...Perlu ada alat untuk memudahkan kerja-kerja memasang papan tersebut...kalau cukup semua alatannya memang cepat dan mudah proses yang dilakukan.
Dah nampak bentuk kotak yang diperlukan...kena sabar yer dalam proses melekatkan satu persatu papan kotak ni...kekadang bila terleka memang boleh juga tersilapnya..
Engsel pintunya dah siap dipasang sepenuhnya...dah jadi pun kotak simpanan, lepas ni boleh simpan barang di dalamnya...
Siap juga 1 kotak simpanan ini...Macam mana korang cantik tak bila dah siap sepenuhnya..pasni nak buat satu lagi kotaknya...kalau korang suka apa lagi jomlah lakukannya sendiri di rumah...mudah dan simple jer proses membuatnya...
Ini dia kotak simpanan yang dah selesai sepenuhnya...dapat juga hubby siapkan 2 kotak simpanan barang untuk mama kali ni...
Jadi di sinilah mama letakkan kotak simpanan barang yang dah siap ni...bolehlah letak apa yang sepatutnya di dalam kotak simpanan ni...apa lagi korang diy sendirilah di rumah yer dan selamat mencuba...

p/s diy - do it yourself