ASSALAMUALAIKUM...
Bershoping di Pasaraya Mydin Mall Dapat Voucher | Semalam ikut anak mama bershopping di Pasaraya Mydin Mall Mutiara Rini...nak cari sikit-sikit barang keperluan rumah dan barangan dapur...kalau benda yang nak dicari ada sekejap jer kami berada di sini...belilah juga sikit-sikit barang keperluan untuk perayaan hari raya nanti..mana yang dirasakan okay tak perlu diganti guna pakai yang lama sahaja...cari barang mana yang perlu saja...bukan apa nak elakkan pembaziran tu jer...alhamdullilah setakat ini barang untuk persiapan raya tahun ini mama beli mana yang perlu saja sebab bulan Julai depan ni dah sibuk nak buat persiapan untuk majlis kawin anak mama pula jadi untuk keperluan raya tahun ni beli ala kadar saja..
Anak mama pun beli barang mana yang perlu saja itupun setakat satu dua barang dan yang lebih banyaknya adalah susu untuk keperluan cucu-cucu mama jer...
Di kaunter pembayaran pembelian yang melebihi RM50 akan mendapat satu voucher bernilai RM5 tapi kena ikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan jika ingin memiliki voucher tersebut...macam-macam sekarang ni tapi rasanya itu semua untuk minggu sambutan hari raya di Mydin agaknya...dapatlah juga memeriahkan suasana menyambut perayaan hari raya...
 Staff di kaunter servis tersebut menyuruh anak mama melakukan 3 perkara wajib terlebih dahulu, setelah selesai barulah mereka akan memberikan voucher tersebut
Kena bergambar di sini dan gambar itu perlu di masukkan ke ig kita dengan hashtagnya sekali #MYDINMALAYSIA #Girangsyawaltiba2018..
Inilah cara-cara yang perlu dilakukan Snap,Upload & Win setelah itu barulah kita akan mendapat vouchernya..
Mama Darwisy apa lagi budak kecik berdua nilah jadi model ciliknya...kena duduk ambil gambar berdua di sini dahulu dan uploadkan ke IG kita...selepas selesai barulah voucher RM15 itu akan diberikan kepada anak mama...bolehlah nanti datang lagi ke Mydin untuk menggunakan voucher yang didapati itu...

p/s dah ramadan ke 22 hari ini, sekolah pun dah mulai bercuti...