ASSALAMUALAIKUM...

Semalam anak mama request nak makan makaroni goreng ni..kebetulan ada stok makaroni dalam simpanan jadi rajinlah mama nak memasakkan menu kesukaan anak-anak ni...senang dan simple jer resepi dari mama ni...kita olah jer ikut kesukaan kita...kita buat dia sendiri jadi pandai-pandailah nak ikut selera sendirikan...jom kita ke dapur mama ni...

Bahan-bahan yang diperlukan...
Makaroni,sedikit daging (mama gunakan daging burger jer)
cili blander,sayur sawi,bawang putih,sedikit gula
udang kering (semalam tak letak pun sebab ada yang berpantang)
sos cili.garam dan serbuk perasa

Cara memasaknya...
1-Makaroni direbus dahulu sehingga kembang..bila dah kembang toskan dan letakkan sedikit minyak zaitun..
2-Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih,udang kering dan cili blander..biarkan cili garing..
3-Bila cili dah garing masukkan sedikit air..masukkan daging burger,sos cili,apa-apa pun bahan yang kita suka nak letakkan...nak letak udang ke sotong ke pun boleh...
4-Bila dah didih sedikit masukkan makaroni ke dalam rencah tadi dan gaulkan...tambahkan dengan garam,gula dan serbuk perasa secukupnya...
5-Gaulkan semuanya dan akhir sekali masukkan sayur sawi..mama suka letak sayur kemudian kerana tak mahu sayur layu sangat...gaulkan dan makaroni goreng simple siap untuk dihidangkan...
Selamat mencuba yer kawan-kawan...