ASSALAMUALAIKUM..
Pergi New Market Paradigm Mall | Kalau dah singgah ke sini memang ada saja barang yang berkenan di mata mama dan hubby...
Memang banyak barang yang menarik ada dijual di sini..kalau dulu nama kedai ini Hot Market tapi sekarang ni dah ditukar ke nama yang baru New Market...

Damia seronok dapat jenjalan hari ini...kebetulan selipar Damia dah putus jadi dapatlah Damia selipar yang baru...tu yang seronok sambil panggil grandma dapat selipar frozen...


Hubby sibuk tunjukkan pokok ni kat mama...dia suruh mama beli pokok hiasan ni sebab harganya yang murah berbanding kat tempat lain...

Macam-macam jenis pokok hiasan ada dijual di sini...pilih jer yang mana berkenan di hati...

Ada yang berbunga yang biasa semuanya ada....

Mula-mula hubby angkat pokok jenis palma ni tapi mama tak berkenan sebab daunnya kecik sedikit...

Last sekali pokok yang ni jadi pilihan mama...hubby ikut jer mana yang mama suka...sempat snap gambar dengan Damia cucu kedua mama ni...sudah semakin petah bercakap sekarang ni..ada saja perkataan yang keluar dari mulut si kecik ni...

Dapat juga pokok hiasan ini...esok bolehlah letak kat taman depan rumah mama ni...bab deko semuanya boleh saja...