ASSALAMUALAIKUM....
Perbaharui Lesen Pernigaan | Hari ini ikut anak ke.Pejabat SSM Johor yang berada di bangunan Ansar...ingatkan hari bekerja tak ramai orang rupa-rupanya orang tetap ramai juga...

Jenuh menunggu nombor anak mama dipanggil...nasib baik kaunter banyak jadi laju sikit la nombor tu bergerak...

ramai pelanggan yang masih menunggu no mereka dipanggil..

Siap juga tapi kena tunggu sejam pulak untuk dapatkan sijil yang originalnya...oleh itu kami keluar sekejap pergi isi perut dulu...

Sementara nak menunggu sijil tu siap dalam masa sejam misi seterusnya adalah mencari tempat untuk mengisi perut yang kelaparan ni pula...mama order mee rebus jer untuk makan  tengahari..selepas selesai makan kami kembali ke pejabat SSM untuk collect sijil semula..

p/s letih rasanya hari ini...