ASSALAMUALAIKUM...
Cowboy | Misi Mencari Pokok Viral...Sekarang ni memang tengah hangat mencari pokok viral pokok daun monstera ni...rata-rata peminat deko sibuk dok mencarinya...kalau kat kedai SSF memang mahal harga sepokok monstera ni...kalau dah viral macam ni mama pun tak ketinggalan nak mencari juga pokok ni..tempat yang mama rasa murah harga sepokok ini adalah di Pasaraya Cowboy di Kulai..
Macam-macam pilihan pokok viral ni...harga pun ikut besar kecik pokok tu...

Pokok keladi...Pokok viral monstera ni mama beli kat Pasaraya Cowboy ini hanya RM34 sahaja...

Yang ni tak tahu apa nama daunnya...

Dapat juga beli sepokok viral monstera ni...bawa balik masukkan ke dalam pasu letakkan batu dalam pasu tu supaya pasu berat sedikit dan tak mudah tumbang...

Siap juga pokok hiasan daun monstera ini setelah dikembangkan daunnya...letak kat sini dulu nanti ubah ke tempat yang molek sedikit..

Akhirnya siap juga pokok viral ni jadi hiasan...letak kat sudut sini dulu bila dah boring boleh tukar ke tempat lain pula...