ASSALAMUALAIKUM...
Bakal Menantu Belanja Makan Malam Sebelum Balik Ke Dubai | Semalam kami sekeluarga makan malam berdekatan tempat mama ni juga...makan di restoren Ehjong Concept di Pulai Perdana ni jer..makan malam kali ini ditaja oleh bakal menantu mama yang akan balik ke Dubai pada hari Sabtu nanti..bakal menantu mama ini akan bertolak dari Senai Ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu dan akan terbang dari KL menaiki flight terus ke Dubai...Dia akan balik semula ke Malaysia bila majlis kawin mereka nanti yang dijangkakan pada pertengahan bulan Julai 2018 ini nanti...susah kalau bercinta jarak jauh ni sorang di sana sorang di sini...hanya kepercayaan,saling mempercayai dan kesetiaan jer yang mampu dikekalkan dijiwa bila dah berjauhan begini..semoga jodoh mereka akan berkekalan hingga ke jannah la hendaknya...
Semalam kami makan malam bersama sekeluarga..alhamdullilah didoakan semoga bertambah-tambahlah murah rezeki bakal menantu mama ni...aamiin..

Happy family..

Antara menu yang sempat diorder dan disnap...
Lambchop menu pilihan hubby...Dok sebelah bolehlah snap gambar menu hubby ni...yang lain tak sempat la nak snap...hubby suka dengan pilihannya ni 
 sos lamb chop ni sedap katanya...makan hingga licin sos di pinggan...terlampau sedap ke..Hahahaa..

Menu untuk diri sendiri Fish n Chips...nak komen juga la sikit kat sini.. ikan yang digoreng ni terlampau garing sangat...dah macam makan keropok ikan jer..berkrup-krup la garingnya...redha dan makan jer la apa yang dihidangkan ni..sayang juga kalau tak dimakan dahlah mahal harganya jadi kenalah habiskan..

Ini menu pilihan anak mama yang kedua...tak tahulah nasi goreng apa yang diordernya ni..nak juga cuba test sedikit alhamdullilah rasanya not bad sedap...menu yang lain tak done pun nak snap sebab dok berjauhan sedikit dari mereka...apa-apa pun bersyukur la dengan nikmat yang Allah berikan ini...semoga selepas ni doa-doakan lah mama dan keluarga akan terus menjadi satu keluarga yang gembira bersama yer...aamiin..

p/s semakin bertambah ahli keluarga kami...