ASSALAMUALAIKUM...
Ikut Anak Ke IKEA | Semalam mama ikut anak mama ke IKEA..anak mama memang tak pernah pergi lagi sebab masa pembukaan IKEA tempohari dia mabuk teruk kerana pregnant anak ke 3....jadi baru semalam dapat pergi...
Kalau pi IKEA ni mesti nak tengok ruang pamerannya ni...mama suka tengok ruangan yang bertemakan English.Style macam gambar kat atas ni...kalaulah rumah mama boleh buat macam ni memang best rasanya....

Tengoklah tu model tak berbayar ada saja dok menepek untuk berposing..berangan la tu...alahai cucunda grandma ni..

Ada juga barang yang berkenan di hati bila datang ke sini...dapat juga sambar rak dari IKEA ni...

Boleh juga mama letak barangan hiasan mama kat sini nanti...harganya pun berpatutan...

Selesai shopping jom kita balik kalau lama-lama kat sini memang kosong kocek jadinya nanti...

Jom kita balik lepas ni bolehlah kita deko rumah lagi....barang anak mama yang lebihnya ni, barang mama tak banyak mana pun sebab mama beli tisu color hijau tu,shelf barang dan berus kecik untuk cuci botol atau cawan tu jer...

p/s lepas ni ada IKANO pula bersebelahan IKEA....