Wednesday, January 31, 2018

DIY | POKOK BULUH HIASAN DALAM RUMAH

ASSALAMUALAIKUM....
DIY | Pokok Buluh Hiasan Dalam Rumah | Tempohari mama ada beli rumput karpet untuk ruang depan rumah mama ni kalau nak tahu ceritanya tekan SINI....dah terlanjur berada di sini mama sempat juga beli pokok buluh tiruan ni untuk mama letakkan di dalam rumah pula...


Sebenarnya memang cantik kalau kita letak pokok tiruan berwarna hijau seperti ini di dalam rumah...nampak sejuk jer mata memandangkan...


Mama cuma beli 2 batang pokok buluh tu sebab di rumah mama dah ada ranting buluh yang kecik juga...jadi pokok buluh ini hanya jadi penambah seri jer bersama buluh-buluh kecil yang lain tu...


Inilah pokok buluh penyeri di rumah mama ni...mama letakkan ianya bersebelahan dengan tangga...rasanya nampak okay jer pokok buluh tu berada di situkan...tapi rasanya tak lama ianya berada di situ sebab bila datang mood mama nak mengalihkannya akan berubahlah kedudukannya nanti...

p/s bab deko ni memang ada saja yang menariknya...

1 comment: