ASSALAMUALAIKUM....
Haiii korang !! rindunya rasa hati kat "rumahku surgaku"kat "Kembang kucingku"kat cucunda..baru sehari tinggal dah macam-macam difikirkan..sekarang ni mama berada di Melaka anak bawa jenjalan rehatkan diri...alhamdullilah dapat anak-anak yang memahami situasi maknya yang perlukan rehat ni...semoga anak-anakku dimurahkan rezeki selalu...

9
Hari ni mama nak bagi petua dapur yang simple...biasanya kalau kita simpan cili kat dalam peti ais sekejap jer dah layu dan kecutkan..kali ni mama nak bagitahu korang macam mana nak kekalkan cili tu supaya segar selalu walaupun lama disimpan di dalam peti ais....

1-Mula mula cuci cili padi , cili merah tu dahulu....senang nanti dah tak perlu dibasuh bila nak digunakan...
2-Keringkan cili itu dahulu...selepas itu buangkan tangkai cili padi dan cili merah tersebut.
3-Selepas itu ambil bekas dan letakkan tisu di dalam bekas tersebut
4-Masukkan cili tersebut ke dalam bekas tadi..cili siap untuk disimpan di dalam peti ais

Cili akan tahan lebih lama dari biasa kalau kita jarang menggunakannya...itulah petua mama pagi ini semoga ianya dapat memberi manafaat pada semua..

p/s nak keluar breakfast kat lobi hotel...