Tuesday, December 26, 2017

KEDAI EMAS JUMBO | TRADE IN ANTING-ANTING SEBELAH

ASSALAMUALAIKUM...
Petang semalam singgah sekejap ke Kedai Emas Jumbo ni...bukan apa saja nak trade in anting-anting mama yang tinggal sebelah jer ni sebab sebelah lagi dah hilang..puas cari sebelah lagi tapi tak juga jumpa jadi teruslah nak trade in anting-anting tu...bila dah lalu nak ke Tesco mesti kena juga singgah ke sini...



Budak perempuan sales girl tu dah kenal kami berdua...dari jauh dah melambai-lambai tangan kat mama dan hubby...memang peramah dan baik pekerja kat sini...dapat layanan yang menyeronokkan kalau ke sini...


Tengok tu hubby dah oper nak yang mana satu...ni yang seronok dan bestnya ambil jer apa yang disukai kemudian ada yang nak bayarkan...bahagia rasanya bila cik abang sayang belikan sesuatu yang kita suka...


Pilih yer cik abang jangan tak pilihkan...bini kat tepi ni memang seronok dan suka jer kalau cik abang nak belikan lagi yang baru...


tak apalah tukar yang lama ni pun dah cukup jer...dapat juga cincin yang baru...trade in anting-anting sebelah tu dapatlah dengan harga RM180 jadi mama ambil cincin yang harga lebih kurang harga tu jer.. dapat cicin belah rotan yang kosong tu jer...okaylah tak payah nak tambah duitnya tapi dapat duit bakinya pula dalam RM12...


wow !! meriahnya tengok barang kemas kat sini...mana satulah yang jadi pilihan hati agaknya...ikutkan hati memang semuanya nak bawa balik...tapi fikirkanlah yer, kering kocek laki kang kalau semuanya nak ambil bawa balik dik non...


entri berkaitan..


1 comment: