ASSALAMUALAIKUM...
Rutin pagi ni jengah pokok-pokok cili kat depan rumah ni...dah berbuah juga pokok cili ni...dapat juga merasa hasil air tangan tanaman sendiri...


Sambil menyiram pokok cili ni sambil jengah buahnya...dah ada yang dah besar jadi bolehlah di petik...dapat juga digunakan untuk buat sambal belacan nanti...


petik sedikit buah cili yang dah besar tu...


dapat juga segengam cili padi ni selepas dipetik..lepaslah kalau nak buat sambal belacan tengahari ni..tu lah yang seronoknya kalau dapat hasil dari tanaman kita sendirikan...berbudi pada tanah inilah hasilnya...


Tengok kat pasu ni ada pulak tumbuh pokok pegaga kat sini...tak tahu pulak bila tumbuhnya tup-tup ada juga keluar pokoknya dan tumbuh dengan sendirinya di sini...bagus juga ni..nak biarkan dia besar dulu baru nak di alihkan ke pasu yang lain nanti...