ASSALAMUALAIKUM...
Pada kawan-kawan yang berpantang dan yang akan berpantang di sini mama sharekan beberapa resepi untuk minuman ibu-ibu yang akan berpantang...banyak khasiatnya supaya badan kita akan sentiasa sihat.segar dan tidak lesu semasa kita dalam waktu berpantang..jom kita lihat resepinya dibawah ini...
1-AIR SUSU ALMOND
Bahan-bahannya:
1 gelas susu segar
1 biji kurma
21 biji kismis
7 biji badam
Cara penyediaan
1-Kisar semuanya dan minum setiap pagi
2-Bagus untuk membantu membanyakkan air susu ibu
2-PATI AIR HALIA
Bahan-bahan:
2.5 liter air
Halia besar tapak tangan
Gula kabung
2 biji bunga cengkih
Sehelai daun pandan
Cara menyediakannya
1-Rebuskan semua bahan sehingga menjadi 1 liter air supaya menjadi pati
2-Tuangkan sedikit pati ke dalam air minuman kita.
3-AIR KUNYIT (3 HARI SAHAJA)
Bahan-bahannya:
Kunyit hidup
Perahan air asam jawa
Gula secukup rasa
Cara menyediakan
1-Kunyit hidup diparut dan ambil air dan direbus sampai mendidih
2-Masukkan perahan air asam dan gula
3-Sejukkan dan boleh diminum.
4-PATI HALIA KURMA
Bahannya:
200gm halia
20 biji kurma
750 liter air
Cara menyediakannya
1-Kisar semua bahan dan didihkan sehingga menjadi pati.
2-Tapiskan airnya kemudian bolehlah dicampurkan dengan air minuman dan minum seperti biasa.
5-AIR MANJAKANI
Bahannya:
5 biji buah manjakani
500ml air
2cm halia
2cm kunyit
2 keping asam keping
Cara menyediakan
1-Didih dan renehkan selama 15 minit sehingga menjadi pati.
2-Kemudian bolehlah ditapis dan bancuhkan ke dalam air minuman.
6-AIR PEGAGA
Bahannya :
2 ikat daun pegaga
5 cawan air
Cara menyediakan
1-Rebus kesemua bahan sehingga menjadi 3 cawan air.
2-Tapis dan kemudian hidangkan semasa panas atau suam.
1 Comments
Paling suka minum air kunyit.. mmg boleh rasa cepat baik luka jahitan..
ReplyDeletePost a Comment