Bila facebook keluarkan gambar memory ni teringat masa jadi mak dan ayah pengantin perempuan dulu...dah 6 tahun rupa-rupanya majlis ini berlalu...sekarang ni masa memang cepat sangat berlalu...rasanya baru lagi jadi mak dan ayah pengantin masa majlis perkahwinan anak sulung mama dulu...banyak kenangan masa nak mengadakan majlis kawin anak mama ni...
Kalau diingatkan semula memang rasa kelakar juga rasanya...sehari sebelum majlis ada cerita yang mama nak kongsikan kat semua hari ni...kisahnya mengenai diri mama sendiri la tak ada kena mengena dengan orang lain pun tapi itulah cerita yang mama rasa macam lawak jer...boleh pula sehari sebelum majlis mama terkena allegik yang amat teruk sekali...
Ceritanya begini..mama mengalami sakit dada dan kepala sehari sebelum majlis masa tu...mungkin masa tu terlalu stress jadi mak pengantin agaknya...cari ubat panadol tak ada dalam simpanan jadi hubby cuba bagi mama makan ubat pain killer jer (ubat tahan sakit)...sekejap jer lepas tu badan mama dah mula gatal-gatal dan membengkak...Ya Allah terkejut mama masa tu....memang tak sangka la sangat muka dan badan mama akan membengkak begitu cepat sekali...
Terus hubby bawa mama cari klinik yang di buka 24jam sebab masa tu dah 10 malam memang dah tak ada klinik biasa yang masih dibuka...jenuh jugalah mencari klinik yang dibuka 24jam malam tu...kepala dah terbayang bagaimana agaknya hendak menyambut tetamu dengan muka yang bengkak macam ini...aduh !! memang tak disangka akan ada masalah begini sebelum majlis bermula esok...
Bila sampai di klinik doktor yang merawat mama pun terkejut dengan keadaan wajah mama masa tu...bengkak yang amat sangat...terpaksa juga memberitahu doktor tu bahawa esok kami akan mengadakan majlis kawin anak dan berharap sangat bengkak di muka mama ini akan pulih sebelum majlis esok...doktor juga menasihatkan mama supaya jangan cuba memakan ubat yang tidak biasa lagi takut berkemungkinan ada masalah yang lain pula...
Akhirnya doktor terpaksa bagi suntikan dengan ubat yang kuat untuk mempercepatkan proses mengurangkan bengkak diseluruh badan mama ini...alhamdullilah memang cepat proses pengurangan bengkak itu susut...bersyukur sangat dapat hadir ke majlis dengan keadaan yang normal semula...memang terbaiklah doktor yang merawat mama malam tu.. ubat yang diberikan itupun dapat mengurangkan bengkak diseluruh badan mama ini dengan begitu cepat sekali...itulah peristiwa yang memang mama tak dapat lupakan sebelum majlis kawin anak mama berlangsung ketika itu...nasib baik gambar kat atas tu memang dah nampak nomal semula keadaan bengkak di muka mama masa tu...dapatlah mama menyambut tetamu dengan senang hati dan gembira ketika itu...
p/s harap tiada apa2 yang akan berlaku lagi utk majlis anak mama yg kedua nanti...
2 Comments
tengok gamba tu memang takde ape perubahan pun muka akak, nampak macam biasa...memang tak sangka ada kisah sebelum tu ye :D
ReplyDeleteYe mama, semoga terus sihat, nak nak bila majlis dah dekat sangat, kann~
ReplyDeleteJaga kesihatan...nak sambut menantu, jumpa ramai orang... nak tengok jugak seri ibu pengantin...huhu
Post a Comment