Yeahh !! seronoknya IKEA sudah di buka kat Johor ni...semua orang memang menanti pembukaannya...dah dibuka pada 16 /11 hari tu tapi mama tak lagi singgah ke sini...hari Jumaat lepas ambil kesempatan nak pergi melawat kawasan IKEA sekejap...bukan nak shopping pun just nak survey barang dan nak lihat IKEA yang baru ni..orang lain dah beberapa kali pergi agaknya kita baru nak lihat dan nak pi singgah...okaylah orang pun dah tak ramai bolehlah merewang sekejap kat IKEA ni...
Barangan pamerannya macam biasa la semuanya ada sama juga macam yang ada kat IKEA Cheras dan IKEA Damansara...cuma yang kat Johor ni lebih besar la...memang leka membelek barangan kat sini...puas juga la berjalan sambil melihat-lihat barangan yang ada di sini...memang luas la IKEA kat Jay Bee ni...jenuh berpusing-pusing di dalamnya....
Bilik pameran yang disediakan ...
Sempat buat kad ahli IKEA ketika melawat kawasan...senang jer klik jer kat skrin yang telah disediakan di sini...nanti akan dapat kad ahli sementara sehingga kita sudah berbelanja sebanyak RM200 di sini barulah kad sementara itu akan digantikan dengan kad ahli yang sebenarnya...jadi kenalah cukupkan point berbelanja sebanyak RM200 baru dapat kad ahli yer...kalau datang berbelanja dah capai RM200 lagi la mudah..terus ke kaunter perkhidmatan minta kad ahli yang baru..
Tengoklah ni jakun sekejap sebab dapat mencuba menggunakan peralatan canggih yang ada di sini...jadi mainan pula bendalah ni...
Inilah katil yang jadi idaman di hati...bilalah nak dapat angkat satu bawa balik ni...
Dah penat berpusing kat dalam ni...last sekali nak ambil barang yang nak dibeli kat simpanan barang pula..
Rak pilihan hubby mama kononnya nak letak peralatan bertukang dia..
Bayar di kaunter yang disediakan...nasib kurang baik hari tu dapat pekerja di IKEA yang kurang mesra alam...mungkin kepenatan agaknya tapi masa tu taklah ramai sangat pelanggan..rasa nak marah tapi sabar dan biarkan saja la...
Hubby mama ni memang pantang jumpa pokok..memang lama la stop kat situ sebab nak belek pokok yang ada jual di sini...sebenarnya nak pilih daun pokok yang cantik dan segar...
Seronoklah hubby mama hari ni dapat juga barangan pilihan hatinya...
Tu dia barangan yang TERsambar juga kalau dah sampai ke IKEA ni..kononnya tak mahu bawa troli takut terangkut banyak barang tapi tak bawa troli pun dah angkut banyak juga.. bila barangan dah banyak mula terasa nak ambil troli juga jadi ambil jer la troli yang ada...terambil la pulak troli untuk barangan besar ni...inilah jadinya janji konon nak survey jer tapi ada juga yang TERsangkutnya...tu dia ! bolehlah nak hoii janji ada kan...
p/s seronoknya nak pi lagi nanti...sygnya tak snap kad ahli IKEA hilanglah pointnya...
1 Comments
Wowwww, terusss jadi ahli kannn
ReplyDeletePost a Comment