ASSALAMUALAIKUM..

Kisah hari Jumaat lepas...Majlis Konvokesyen Tadika Didik Al Insan tempat cucu mama Darwisy bersekolah...majlis pagi itu dimulakan pada jam 8.00pagi dan majlis dimulakan bacaan Al-Quran oleh anak-anak yang belajar mengaji di sini dan telah berjaya menghabiskan sesi pembelajaran..Majlis Khatam Al-Quran ini diadakan untuk mereka..


Inilah anak-anak yang telah berjaya menghabiskan sesi pembelajaran sedang membuat persembahan...selepas ini diadakan boria kanak-kanak yang berusia 4 tahun membuat persembahannya..tapi mama tidak sempat nak snap beberapa keping gambar mereka.. sambil tu majlis diselang selikan dengan cabutan nombor bertuah untuk ibubapa...


Inilah diantara ibubapa yang telah berjaya menjadi bertuah pada hari itu...hadiah berupa hamper...


Kakak ni memang bertuah sebab dapat hadiah barangan elektri berupa kipas meja...


Selepas itu diadakan majlis penyampaian hadiah dan sijil untuk kanak-kanak tadika ini..


Selesai sudah sesi pembelajaran untuk cucu mama di Tadika Didik Al Insan pada tahun ini...selepas ini Darwisy akan mula memasuki prasekolah pada awal tahun depan..semoga Darwisy akan terus berjaya ...


Sempat snapkan gambar anak mama sekeluarga ini...


Sempat juga bergambar dengan blogger Dilah (ceriteraibu.com)...anak Dilah pun sama bersekolah tadika di sini dan sama satu kelas dengan Darwisy cucu mama...semoga mereka terus berjaya nanti in sha Allah...