ASSALAMUALAIKUM

Kalau dah minat apa pun sanggup dilakukan...kalau dah simpan dari dulu memang dah banyak fridge magnet mama ni...dulu rasa suka-suka saja tapi sekarang ni memang dah minat terus...pantang jumpa mesti nak beli saja...inilah sebahagian koleksi fridge magnet yang ada dalam simpanan mama...memang nak tambahkan lagi koleksi FM ini biar ianya banyak dan menarik bila dilihat...


Mama nak letak kat bawah peti ais ni memang tak boleh sebab bila datang cucuanda mama habis dia buat main semuanya...jadi mama letakkan kat bahagian atas saja...tapi nanti nak cuba juga letak kat bawah ni bagi nampak menarik sikit peti ais mama ni...


Separuh fridge magnet ini mama lekatkan kat white board ini..mana yang boleh lekat mama tampal jer...jadi taklah bersepah FM mama ni...seronok sebenarnya bila dapat sesuatu yang kita minat berada di dalam simpanan kita...semuanya jadi koleksi kesayangan mama...koleksi key chain,lego,tin , kereta hot whells semuanya telah jadi satu koleksi peribadi yang mama sayang...


Fridge magnet yang istimewa pada mama...ianya akan jadi kenangan kami sekeluarga ketika bercuti ke Pulau Langkawi pada bulan Ogos lepas...

p/s minat barangan antik pula...