ASSALAMUALAIKUM...
Pagi ni anak mama nak pergi macam biasa tapi hati maknya ni rasa macam tak sedap jer....selepas bersalaman masih berpesan pada dia supaya bawa kereta tu berhati-hati...ya la dah tertulis dalam kalam Allah perkara yang akan berlaku itu pasti berlaku juga...sekejap handphone mama berbunyi lagilah rasa tak sedap hati tu semakin kuat...benar apa yang disangkakan anak mama terlibat dalam pelanggaran...Allahuakbar ! sambil menangis dia berkata yang dia accident langgar divider...orang takut mak !! tenangkan diri bergegas bersiap untuk ke tempat destinasi kejadian...
Bila mama sampai di tempat kejadian jalan basah baru lepas hujan dan kelihatan ada 2 orang lelaki yang menolong menemani anak mama...mereka inilah yang pertama melihat kejadian kemalangan kereta anak mama yang telah berada di jalanraya menentang arus highway itu...terima kasihlah diucapkan buat pemuda tersebut kerana sanggup berpatah balik melihat kemalangan itu terjadi...2 orang lelaki ini sedang dalam perjalanan hendak menuju ke Singapura katanya..
Anak mama mengigil mengenangkan kejadian yang baru terjadi pada dirinya itu...disebabkan terlelap seminit telah mengakibatkan kejadian yang sangat buruk berlaku pada dirinya...dalam cerita anak mama memang dia tak menyangka akan kejadian itu terjadi...bila tersedar dia sudah melanggar penghadang jalan disebelah kiri jalan dan dalam keadaan kelam kabut dia telah menarik stering kereta dan kereta itu telah berpusing dan menghentam penghadang jalan di sebelah kanan pula...kata anak mama lagi sampaikan tudung dan scarf yang dipakainya pun boleh terbuka dan dia menjerit sekuat hati di dalam kereta yang sedang berpusing itu...kesian anak mama ketika itu..begitulah agaknya kejadian kemalangan yang sering kita dengar dan lihat di media social...kalau berseorangan tiada siapa yang tahu bagaimana dan macam mana kemalangan itu terjadi dan yang paling sedihnya jika ianya melibatkan kematian...
Nampak jelas begitu teruk juga kemalangan ini..nasib baik keadaan anak mama tiada kecederaan yang teruk...cuma terasa tangan dan pinggangnya sakit...dah bawa jumpa doktor dan doktor menasihatkan anak mama jika ada perubahan dalam 24jam seperti muntah dan pening kepala kenalah segera ke hospital...harap tiada apa-apa yang kurang baik berlaku lagi dan anak mama anak segera sembuh...hari sabtu ni ada majlis konvokesyen anak mama pula...harap anak mama sihat bila tiba majlis konvonya nanti...
Nasib baik kereta ini masih boleh bergerak dan enjinnya tidak rosak jadi hubby dan anak menantu mama membawa kereta ini pulang ke rumah...lepas ni kena readykan jer la duit repairnya pula...
Inilah penghadang jalan yang kedua yang telah dilanggar oleh anak mama...nampak tak korang kekemekan besi penghadang jalan itu...
p/s redha dengan ketentuan dari Allah..
2 Comments
Allahu..perkara nak terjadi sekelip mata..bersyukur sangat2 anak mama tidak cedera itu satu nikmat yang cukup besar.
ReplyDeleteUishhh, nampak kemeknya tuhh, bahayaaaa nyaaaaa~
ReplyDeletePost a Comment