ASSALAMUALAIKUM...
Hai korang ! selamat bercuti...pasti semuanya di kampung atau sedang bercuti dimana-mana kan...selamat bercuti korang...mama tak kemana-mana pun..anak tak sihat,ada anak bekerja jadi susah nak bergerak..okaylah selamat bercuti panjang dan hujung minggu semuanya..pastikan keselamatan semasa memandu dan semoga sampai kearah destinasi dan tujuan dengan selamatnya...
Hari ni mama nak cerita sebelum raya tempohari...sempat lagi order barang kat Lazada sebelum raya hari tu..asyik bersoping jer la mama ni...ada saja yang nak dibelinya...mentang-mentanglah ada promosi kat Lazada tempohari..sakan bersoping...Inilah barang yang mama beli di Lazada oven elektrik dan pressure cooker...
selamat sampai dengan jayanya juga barang-barang yang mama order ini...belum rasmikan jer lagi...tunggu masa dan ketikanya...
Inilah pressure cooker yang mama beli tempohari...murah jer harganya...nak beli jenama Noxxa tak mampu sebab mahal sangat...dapat yang ini pun dah kira bersyukur jugalah...janji dapat masak dan merebus apa yang perlu..
Pressure cooker ni mama dah rasmikan dulu...semalam mama sudah mencuba merebus ketupat di dalamnya...alhamdullilah memang mudah dan bagus...baru-baru menggunakannya memang agak rasa tak pandainya tapi bila dah tahu cara yang betul memang mudah sangat....
Saja jer mama beli barangan keperluan ini supaya senang nak membuat kek atau apa-apa juga di rumah..senang nak membuat sesuatu kalau semua peralatan cukup dan ada...cuma selepas ni kena lebih rajin jer lah ke dapur...kalau malas memang tak jadi apalah jawabnya...
p/s oven lama ada tapi kecik sangat...
0 Comments
Post a Comment