ASSALAMUALAIKUM...
Haiii korang cerita mama minggu lepas semasa menghadiri majlis Program Jalinan Syawal Kongsi Kegembiraan...
Program Jalinan Syawal ini adalah program yang disediakan oleh Themed Attraction Resort dan Hotel untuk kanak-kanak yang kurang berkemampuan untuk berhibur di Taman Tema Sanrio Hello Kitty dan Thomas Town.Majlis ini telah diadakan pada tarikh 8Julai 2017 yang lepas...


Pemangku Ketua Pegawai Taman Tema TAR&H Philip Whittaker


ADUN NUSAJAYA YB Dr Haji Zaini Bin Haji Abu Bakar


Di majlis itu penyampaian sumbangan saguhati dari pihak TAR&H dan cenderahati disampaikan oleh YB Nusa Jaya dan juga Mr.Philip Whittaker.Setiap semua jemputan dimajlis ini telah mendapat sumbangan yang telah disediakan



Selesai majlis penyampaian saguhati sesi bergambar bersama-sama dengan semua anak-anak yatim,Pertubuhan Kebajikan Shafar,kanak-kanak dari Tabika Kemas Iskandar Puteri juga beberapa keluarga terpilih dari Daerah Pasir Gudang.









Setelah majlis semua jemputan disajikan dengan hidangan dan terdapat beberapa menu yang telah disediakan..




Seronok bila lihat keluarga yang kurang berkemampuan ini bergembira di majlis yang diadakan ini...semoga majlis sebegini akan terus diadakan disetiap tahun...