06 July 2017

# deko # DIY

KOLEKSI SAMPUL DUIT RAYA MAMA

ASSALAMUALAIKUM...
Selamat pagi korang !!! dah sarapan semua...lepas raya ni berat badan naik semula kan...terasa nak berpuasa 6 la di bulan Syawal ini...bukan apa temankan hubby yang nak berpuasa 6...dah alang-alang ikut serta ambil kesempatan ini...semoga hubby diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan niat dia untuk berpuasa 6 ini...okaylah hari ini mama nak sharekan koleksi sampul duit raya yang mama kumpul selama ini...


Dah lama nak carikan bekas untuk dijadikan tempat letak sampul duit raya ni...masih tak terbuat-buat lagi...ingatkan nak beli album gambar kemudian letakkan koleksi sampul duit raya ini...


Inilah antara koleksi yang mama ada...setiap tahun mesti cari sampul raya yang menarik untuk dijadikan simpanan...



Dah banyak sampul duit raya ni...memang perlu la cari album untuk disimpan kesemuanya ni..kalau dah ada album senang nak tengok kesemuanya ...


Ini antara koleksi yang terbaru mama...sampul duit raya lego dan transfomers...pada yang ada sampul raya yang cantik dan menarik janganlah dibuang jadikanlah ia satu koleksi simpanan atau hobi kita...


3 comments:

  1. banyaknya
    anum pun suka kumpul

    ReplyDelete
  2. itulah, bila tengok tiap tahun ada saja sampul baru dan lawa, memang teringin juga jadikan koleksi. Setakat ni selit saja mana2 huhu sayang pula..

    ReplyDelete
  3. Wah ..banyak kan ..CCL pernah simpan koleksi sampul dan kad raya ni ..tapi sekerat jalan jer

    ReplyDelete