25 July 2017

# jenjalan

JENJALAN DI MEDINI MALL

ASSAAMUALAIKUM...
Bila jenjalan ke Medini Mall seronok pula tengok ada stage rumah kampung macam ni...semacam betul-betul berada di kampung pula...jarang sekarang ni ada rumah di kampung yang masih menggunakan atap nipah macam ni..di kampung sekarang ni dah banyak berubah rumahnya...semuanya dah bertukar ke rumah batu..nak cari pun sekarang ni memang jarag-jarang jumpa...


Jom kita balik beraya...raya puasa dah habis pula..tak apa raya haji ada lagi bolehlah kita balik kampung kan...


Sempat posing berdua dengan hubby kat sini...ambil aura kampung sekejap buat ianya terasa berada kat kampung dulu-dulu...seronoknya kalau ada rumah kampung yang macam ni lagi...hendak pula rumah ni berada di tepi sawah padi dengan deruan angin sepoi bahasa memang seronok la rasanya...


Welfie sesama...


Bila dah ke sini mesti terus masuk Legoland sekejap..ambil gambar,snap satu dua gambar pastu bolehlah keluar semula....lain kali boleh datang lagi...


Sempat bergambar dengan MR.CHEF ni...


p/s minggu ni nak pi legoland lagi la...

1 comment: