Banyak orang komplen goreng pisang kat Johor ni mahal giler. Ada yg sampai 50 sen seketul! Warung Man (Mak Ram) ni dari dulu sampai sekarang harga dia macam tak masuk akal!!! Sangat berpatutan sampai tak patut!
Apa yg best kat port ni, cara dia serve goreng pisang unik giler. Lepas korang dah pilih jenis pisang, keledek, tempe, cendawan goreng tu, kasi je dekat Abang Man ni nanti dia potong kan kecik - kecik dan simbah kuah kacang dan sambal kicap.Boom! RM3.00 je hokay utk penuh sepinggan dan teh tarik. Mana nak cari oiii
jangan lupa order teh tarik sekali😌 😌 😌
📍 Jalan Pisang - Kampung Pasir (Johor Bahru)
🚗 [Waze] "warung mak ram"
⏰ 11.00 AM - 6.00 PM (Setiap hari kecuali Sabtu)
Menu menu ni korang akan jumpa punya dekat warung ni;
1. Mee Siam
2. Pisang Goreng
3. Cendawan
4. Epok - epok
5. Roti Jala
6. Laksa Penang
7. Pelbagai Mee
8. Sukun
9. Ubi
10. Telur Pindang
2 Comments
wow sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletehuwaaaa saat ni tengok semua terliur..
ReplyDelete- Hernee Nazir -
Post a Comment